AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

27 September 2012

Mawaddah cucuk 2 bulan

Bismillah...

ok sekarang ummi nak bercerita pula pasal Mawaddah cucuk 2 bulan..hehe

hujung bulan 7, babah akan mai ambik ummi & Mawaddah nak bawa balik Bangi..ummi gembira sangat sebab dah takkan berjauhan lagi dengan babah...tapi dalam masa yang sama, ummi sedih sebab akan berpisah kembali dengan family di kedah...sob..sob..sob..T_T inilah yang dinamakan adat kehidupan...

ummi akan mula bekerja pada 30 Julai...sebelum itu, ummi ada problem sedikit..ada sedikit daging keluar dan menyebabkan ummi sakit bila bergerak. lagi2 time sujud masa solat, pedih terasa. ummi pi klinik dekat kampung ni dan minta doktor tengokkan. doktor cakap itu adalah isi lebih, dia tak berani nak buang takut bleeding lagi. lepas jumpa doktor tu, terasa lagi sakit dan berdarah sedikit. doktor suruh pergi ke hospital untuk buang, dan katanya perlu jahit semula...adoiii part yang paling menggerunkan ummi...

selepas itu, ummi bawa Mawaddah ke klinik kesihatan untuk cucuk. ummi minta tangguh sebab hari sabtu kami akan berjalan jauh. ummi risau takut Mawaddah demam nanti. atok bawa kami ke klinik. Mawaddah sangat baik..masa pegi tu Mawaddah tengah tidoq. masa nak cucuk, ummi kejutkan sampai dia bangun. then kena cucuk, anak ummi nanges kejap saja...terus sambung tidoq..Alhamdulillah, dia tak demam...

masa ni dah puasa..ummi sambut puasa bersama keluarga di kampung, tanpa babah...huhu sedih juga sebenarnya..tapi hari Jumaat tu, babah balik...kami berbuka bersama di kampung..beramai-ramai dengan MamaAziah & family serta pakngah & family...seronok dapat jumpa Damia..

sabtu pagi, kami bertolak pulang...bye2 atok, onni, acu dan semua..terima kasih jaga ummi dan Mawaddah selama 2 bulan ni..hanya Allah dapat membalas jasa semua. kami pulang ke Sabak Bernam dulu. bawa Mawaddah jumpa mbah lanang & mbah widok...semua nak jumpa dia..

ok ummi sambung next entry -- Mawaddah melapor diri
----------------------
Salam Sayang,

19 September 2012

Habis Pantang 11 Julai 2012

Bismillah....

lamanya ummi tak update blog ni...ni ummi nak kena FLASHBACK semula la...ummi mulakan dengan habis pantang

masa minggu pertama awal Julai tu, Babah balik jenguk ummi dan mawaddah...gembira bukan main sebab rindu kat babah yg teramat..sebenarnya seksa juga tinggal berjauhan dengan suami ni...huhuhu..lagipun saya tak biasa berjauhan, sekali berjauhan jumpa 3 minggu sekali...dugaan kan?

hari ahad tu (belum habis pantang), ummi bawa mawaddah ikut babah keluar jalan2..hehe...atok dan onni bagi kebenaran, tapi make sure jangan balik lambat...seronok dapat keluar, lagi-lagi dengan babah..kami pi beli barang keperluan dan baju mawaddah...comel2 gitu...

hari tu juga ada satu insiden di mana tok saya hilang...biarlah benda ni jadi rahsia keluarga kami..yang penting tok selamat, syukur pada Allah...

babah balik malam tu, ummi dah nanges2 lagi...lagi 3 minggu babah balik dan bawa kami balik ke bangi...bye2 babah...
--------------
cukup hari ke45, yahooooooo...gembira rasanya sebab dah habis pantang...sapa tak seronok sbb dah boleh pi jalan2, mkn sedap2..hehehe...45 hari ummi pantang. terus minum ais tu...hihi...seronoknya dapat minum ais. hujung minggu tu balik kampung di Grik..tido sana sebab ada kenduri. tengok lauk pauk sedapnya tapi ummi hanya makan daging masak hitam je. Alhamdulillah, Mawaddah tak kembong ummi makan tu...

ok, mawaddah dah pandai senyum-senyum masa sebelum 2 bulan lagi..seronok atok onni dok bersembang dengan dia..siap cakap "lepas ni rumah sunyi la dia dah balik"..huhu..ummi yang nak nanges

ummi sambung kat entri lain - Mawaddah cucuk 2 bulan
----------------------
Salam Sayang,