AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

22 May 2014

Mawaddah demam

Semalam
Mawaddah demam...bangun tidur ja dia pinggil "miii...miiii"
Dengan nada suara yang lemah dan berkali kali dia panggil

ummi pergi kat dia
pegang dia nak peluk
Allah! Panasnya badan...
ummi peluk dia, letak dia atas badan ummi
sekejap terus dia muntah...muntah lagi dan lagi

ummi mandikan dia
dia lelap dalam buaian
bangun dia muntah lagi

makan pun sikit aja
nak duduk pun tak larat, sambil baring dia makan
ummi risau, minum pun separuh jer
dia tidur lagi...

babah balik
babah buka pintu rumah
dia dengar suara babah, terus bangun
seperti tidak sakit apa-apa

rindu gamaknya
anak babah la katakan
terus cergas sampai sekarang

ummi berdoa agar esok demam sayang sudah kebah
amin ya Allah, sembuhkanlah anakku


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

16 May 2014

Selamat Hari Guru 16 Mei 2014


Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Khas dedikasi buat suami tersayang, Cikgu Mohd Hairil Azlim, kakak-kakakku, Cikgu Noraziah, Cikgu Nor Azira, Cikgu Siti Azizah, Cikgu Nor Azizah, buat abang-abangku, Cikgu Hamdan, Cikhu Mohd Adib, serta adikku Cikgu Norirmayanti. Ucapan terima kasih tak terhingga buat Encik Sha'ari & Puan Faridah dalam mendidikku sedari kecil hingga dewasa. Mak & Abah adalah guru yang paling penting dalam hidupku.


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

15 May 2014

Throwback Cuti Wesak Day


Hari Selasa baru ni merupakan Cuti Hari Wesak. Jadi, kami ambil peluang ini untuk pergi jalan-jalan. Mula mula tidak tahu hendak ke mana, jadi ummi cadangkan untuk pergi ke pantai. Teringin mandi sebenarnya tapi disebabkan sudah lewat, kami pergi ambil angin aje la.



Kami sampai di Teluk Kemang pukul 1.30pm selepas solat Zuhur di hentian. Kami hanya jalan-jalan ambil angin di tepi pantai tersebut. Ramai juga orang di sana. Nyaman sekali dapat pergi ke pantai. Nikmati ciptaan Allah Ta'ala. Selepas itu, kami ke gerai berhampiran minum Coconut Shake dan laksa. Nasib baik hanya order 1 mangkuk sahaja. Sampai giliran saya nak makan, alangkah terkejut sampai rasa meloya sebab ternampak seketul telur lalat. huhuhu...nasib kurang baik

Kami tidak habiskan laksa tersebut sebab saya dah rasa meloya sangat. Jadi ajak suami beredar dari situ. Semeasa membayar, kami beritahu adik gerai tentang hal itu tapi dia hanya senyum. Kami ingatkan tidak perlu membayar harga laksa tersebut memandangkan kami hanya makan tidak sampai separuh. Tetapi, tak apa lah. ANggap itu sedekah buat mereka. Yang penting, dia meminta maaf akan perihal itu.

Kemudian, kami gerak pulang. Kami terus ke rumah kakak untuk memberi ubat-ubatan mak untuk dibawa pulang ke kampung. Kami tumpang solat asar di situ dan teruskan aktiviti cuti ini menuju ke Ampang Bowling Center Kajang, Metro Point. Bawa Anang bersama, sebab incik suami mahu membelanja adiknya bermain bowling.


Seronok rupanya main di situ. Lagi seronok daripada The Mines. Takpe, esok-esok pergi main situ lagi. Game pertama, saya dan Anang seri, 96 pin. Game kedua saya kecundang sebab tangan saya sakit sangat. Tak tahulah kenapa. Dah habis main, kami pulang semula ke rumah kakak, hantar Anang dan Balkis. Kami solat Maghrib then terus pulang. Sebelum itu, kami ke Sek3 untuk membeli Roti Pisang yang sudah lama kepingin makan. Lama sudah tak makan roti pisang. Nikmatnya dapat makan. Alhamdulillah...

Sampai rumah, masing-masing penat. Penat teramat sangat terutama dua orang puteri kesayangan ummi ni. Awal kami tidur malam tu.

Terima kasih abang, sebab luangkan masa bersama. Saat terindah ini sentiasa mekar di ingatan. Ummi suka sebab dapat bahagiakan anak-anak ummi.

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

11 May 2014

Selamat hari Ibu



Selamat Hari Ibu buat semua ibu di dunia. Actually, hari-hari adalah hari ibu. tetapi tak salah untuk meraikannya bersama ibu tercinta. kan?
AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

10 May 2014

Adik dah merangkak


Alhamdulillah....

Tiada apa yang menggembirakan hati ummi bila melihat perkembangan anak anak di depan mata sendiri. Dari mula lahir, buka mata, sengih, gelak, bagi respon, main, meniarap... dan hari ini tanggal 10 Mei, adik merangkak selepas beberapa hari menghinjut hinjut badan dia. Adik dah 7 bulan 9 hari.

Selepas tengok adik gigih angkat tangan dan maju ke depan, ummi anggap itu sebagai langkah ummi dalam bisnes Shaklee ni. Ummi perlu gigih seperti adik bagi berjaya dalam satu satu tahap. Dan seterusnya sampai ke puncak IMPIAN ummi.

Impian ummi besar. Ummi berdoa, kembali pada Yang Maha Memberi, meminta rezeki yang luas buat keluarga ini.

Semoga perjalanan ummi ini diredhoi Allah Taala.


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

09 May 2014

TAWAS untuk Madihah


Sudahkah anak anda mendapat manfaat dari TAWAS?

TAWAS ialah ringkasan bagi Tabungan Warisan Anak Selangor. Saya telah daftar untuk anak saya si Madihah ni. macam mana nak daftar? Apa syaratnya?

Boleh rujuk di laman web Tawas ini. Pastikan mendaftar sebelum umurnya 1 tahun ya. Cepat, kalau lambat rugi

Eh, untuk Anak Selangor je tau...ALhamdulillah

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Tetamu yang tak diundang



Nampak tak apakah makhluk itu?

Terperanjat saya pagi semalam masa menyapu sampah. Melompat-lompat bermain di halaman rumah. Mawaddah tak payah pergi zoo lagi, tengok live depan rumah aje..hehehe..bukan sekor dua ekor, tapi sampai ke anak pinak sekali mereka buat lawatan.

Makan rumput, ketuk pintu...menggerunkan. Mak cakap yang jenis ni dia suka dengan budak budak. Bukan main lagi depa dok usha Mawaddah kat sliding door ni..

Hari ini, ada lagi. Lambat lagilah menjemur baju. Takut punya pasal. Main belakang rumah pulak. Siap menjerti bergaduh gaduh lagi. hihihihi...

Psssttt : dalam gambar tu dia pegang baju Mawaddah. Nasib kau dia tak bawak lari...haishhh

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Throwback - outing wif siblings




Ini kisah masa saya dan anak anak balik kampung selama sebulan. Hehe.. mulanya saya hanya ingin tinggal seminggu, tetapi minggu itu suami ada sekolah ganti. Jadi terpaksa postponed.

Dekat 2 minggu baru Mawaddah ni masuk dengan semua. Dia jenis lambat kenal orang. Ummi pun rasa lega sikit sebab nak kena handle adik lagi kan. Dia makan dengan atok, nak tidur siang pon atok tidurkan.

Satu hari tu, kakak saya a.k.a maklong budak berdua bawa adikadiknya pergi window shopping. Ala kat Cmart Amanjaya, SP je. Heehe...jalanjalan cuci mata je sebab ATM dalam tu semua takleh guna..

Lepas tu, kak belanja kami semua makan. Pergi makan kat foodcourt di Taman Ria. Dengan chicken chop la, satay la...Alhamdulillah..terima kasih kak. You are always the best sister. And also my dearest sisters, Aziah, Nazuha and Fariha.

Psst : Ummi tengah belajaq pakai shawl labuh. Haaa shawl ni keluaran NF Collection. Adik ummi a.k.a Acu punya brand sendiri. Kak Ing doakan ang berjaya. Buat betulbetul tau. Mawaddah pun tengah belajaq pakai tudung. Alhamdulillah, Allah permudahkan ummi.


Ummi, Mawaddah & Madihah

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

02 May 2014

Salam Rejab & Selamat hari Pekerja


Alhamdulillah....dah masuk Bulan Rejab. Maknanya tak lama lagi dah nak Ramadhan. Ya Allah, ketemukan aku dengan Ramadhan...amin


Selamat Hari Pekerja kepada semua. Terutama sekali buat suami tersayang. Terima kasih abang kerana bekerja membanting tulang untuk menyara ayang dan anak anak. Tak lupa juga buat abah tercinta, walaupun abah dah pencen, tetapi jasa abah mencari nafkah membesarkan saya selama ini. Terima kasih tak terhingga buat abah. I love both of you so much! you are my man!

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia