AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

25 June 2014

Menyusukan bayi ketika berpuasa. Bagaimana?

Setiap kali Ramadhan bakal menjelma, selain membuat persiapan untuk menyambut bulan yang mulia ini, para ibu juga tak kurangnya ingin mempersiapkan diri masing-masing. Terutamanya bagi ibu-ibu yang masih menyusukan anak. Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran ibu-ibu ini. 

"Macam mana nak banyakkan susu ye?"
"Makanan apa yang sesuai untuk ibu menyusu amalkan ketika berpuasa?"
"Apa tip-tip untuk elakkan susu kurang semasa puasa?"

Bermacam-macam soalan negatif yang membuatkan ibu-ibu runsing dan agak tertekan dalam menangani persoalan yang timbul. Kita sepatutnya lebih bersedia, dan mendalami ilmu bagi mengatasi masalah ini. Banyakkan membaca, serta jangan terlalu emosi. Kerana jika anda tertekan, ia akan mempengaruhi tindakan serta anda akan semakin buntu.

Saya juga pernah menyusukan anak semasa Ramadhan dan mengandung juga ketika itu. Apa yang saya lakukan, Sahur di akhir waktu, dan Berbuka di awal waktu. Seterusnya saya mengambil kurma dan minum air dengan banyak.

Okay, di sini saya ingin kongsikan tip yang saya perolehi daripada PamaKarangkraf.com. Selamat membaca dan Selamat menyambut Ramadhan Kareem. Jangan risau, jangan panik, trust yourself dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu kita.

Apa yang dikongsi ini mengikut kepada keperluan ibu itu sendiri. Jika perlu amalkan makanan tambahan, maka ambillah. Jika tak perlu, terpulang pada kemampuan diri sendiri. 

==============================================================


Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Tip nak tegur isteri tak pandai masak -pakutih-

Saudara MRO menulis:
Malangnya, masakan isteri Abu tak sedap langsung. Tiap kali pulang dari surau, si Abu ditanya oleh isterinya, “Abang, macammana masakan I? sedap tak.?” Itulah soalan yg kerap diterima setiap hari Isnin dan Khamis. Si Abu berasa sangat terharu. Nak berterus terang yang kuehnya itu tak sedap, takut isterinya kecewa. Isterinya ni pula cepat merajuk dan susah pula nak dipujuk. Nak ditelan makanan tu dah tak boleh masuk. Begitulah kisah suami di dalam dilemma.
Mahfuz Sapiee pula mencelah:
Menarik juga poin yang diajukan oleh saudara MRO ini. Seringkali kita berasa serba-salah dalam menjaga hati isteri. Dalam keadaan di atas, kalau kita bercakap benar isteri merajuk, kalau kita ber`bohong’ isteri akan masak macam tu lagi.
Mengapa perkara ini boleh memeningkan kepala suami?
Bagi suami yang mendapat isteri yang pandai memasak, rajin memasak, suka tengok orang makan masakannya dan cekap memasak untuk orang ramai, kita adalah suami yang beruntung.
Tetapi awas, jika kita seorang pendakwah, maka ini adalah ujian dan peluang yang jangan diabaikan daripada Allah SWT untuk kita bersama-sama dengan isteri yang mempunyai kemahiran ini, melakukan dakwah melalui jemputan makan-makan di rumah kita.
Kaedah pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW berdakwah terhadap keluarga terdekatnya ialah menjemput mereka makan kenduri di rumah Baginda SAW. Pastinya Saidatina Khadijah (rha) telah menyediakan yang sedap untuk mereka.
Oleh itu, bantulah isteri ini dari segi persediaan memasak, menghidang dan membasuh pingan-mangkuk-periuk selepas program tersebut. Selalunya apabila isteri kita dah masak tu, kita take for granted yang dia juga pakar membasuh pinggan dan kuali-periuk. Maka kita tinggalkan dia bersendirian bertungkus lumus mengasah dan membasuh bakatnya disitu pula. Kesian dia. Sudahlah dia letih memasak, basuh pingganpun dia kena juga.
Oleh itu, pujilah masakannya tadi dan bersama-samalah menyingsing lengan baju tu menggilap pinggan-mangkuk dengan sentuhan ajaib “axion”.
Bagi suami yang ditakdirkan berjodoh dengan isteri yang tidak pandai memasak, apalagi tak tahu memasak jamuan untuk orang ramai, maka kita juga ada ujian dan peluang daripada Allah SWT untuk mendapat pahalaNya.
Secara tobiinya, isteri yang bersifat kelembutan itu, memang suka melayan suaminya dalam segala hal keperluan dan kehendak. Begitu juga memasak untuk suaminya. Memasak adalah satu kemahiran. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang itu memerlukan latihan psikomotor. Kebanyakan isteri-isteri yang tidak pandai memasak ini adalah kerana mereka semasa remaja dulu tidak berpeluang mendapat kemahiran ini. Jika tingkatan 1 atau 4 telah mula tinggal di asrama yang biasanya memakan nasi kawah, pastinya tiada peluang untuk mereka mempelajarinya. Begitu juga yang tinggal di rumah bersama emak. Kadang-kadang emak menyuruh anak perempuan ini menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ada juga yang mempunyai pembantu rumah yang menyebabkan anak-anak ini bertambah malas nak ke dapur. Apabila dah bekerja, masa untuk belajar memasak telah digunakan untuk menguruskan hal-hal kerjaya di pejabat. Begitulah kesudahannya. Tak pandai memasak.
Walau bagaimanapun, isteri-isteri ni pandai pula memasak masakan moden (western dan continental) yang mereka pelajari dari sekolah dan rakan-rakan semasa menuntut di dalam atau/dan luar negara. Ini adalah suatu kekuatan yang dia miliki.
Oleh itu, suami yang mempunyai isteri yang tersebut di atas, kita hendaklah berterus terang secara hikmah. Jangan terlampau “direct” mengatakan masakannya tu tak sedap. Tetapi mencari waktu yang sesuai seperti bawa dia ke restoren yang sedap masakan.
Dan katakan kepadanya, “Yang! ingat lagi tak masakan tom yam semasa Yang masak untuk jamuan di surau minggu lepas, ada beza tak dengan yang ini? Abang rasa dia bubuh sos sekian-sekian dan di tambah daun limau purut sekian sekian kot… mari kita tanya tukang masak tu..”
Jika kita berbohong dengan mengatakan masakannya sedap, sampai bila pun dia tidak akan membaiki masakannya. Oleh itu, kaedah di atas adalah salah satu cara yang boleh di amalkan. Banyak lagi kaedah yang berhikmah.
Kedua, jika isteri kita ni amat berminat untuk memasak jamuan untuk orang-orang di surau sedangkan dia tak pandai, maka kita cadangkan kepadanya memasak masakan moden atau asing bagi kariah di surau tu. Contohnya jika laksa adalah makanan tradisional utama di situ, maka jangan sekali-kali membenarkan isteri kita memasak laksa. Carilah masakan moden seperti nasi ayam atau mee sop. Atau gunakan perencah-perencah “instant” yang boleh didapati di kedai seperti rendang untuk di makan dengan nasi impit “segera”.
Satu lagi peringatan untuk kita ialah, jika isteri kita orang Kelantan yang pakar memasak laksa kelantan sudah tentu tidak sedap kepada lidah suami yang berasal dari Johor. Begitu juga suami yang dah biasa dengan laksa Kuala Perlis, pasti tidak selera dengan laksa isteri dari Penang.
Dengan demikian, berusahalah sesama kita suami isteri mengorientasikan lidah masing-masing mengikut kesedapan masing-masing. Carilah masa hujung-hujung minggu bersama-sama isteri belajar memasak sama ada tradisional mau pun moden. Jadikan ia sebagai salah satu aktiviti rekreasi keuarga.Sama-samalah menilai masakan itu.
Jangan lupa ajak anak-anak perempuan kita bersama-sama menerokai bidang masakan ini. Supaya dia tidak menyalahkan ibunya kelak kerana tidak mengajarnya.
Akhir kalam, paradigma isteri pandai memasak ini akan pupus juga akhirnya dengan kedatangan budaya makanan segera, jamuan di restoren, industri katerer masakan dan sindrom ketuhar mikro yang berlambak dalam pasaran.
Allah Maha Mengetahui.
wassalam
- Pak Utih – Sedutan Buku ” Suami memimpin Isteri mengurus”.
Komen saya : Sangat setuju dengan kupasan Pak Utih. Jangan lah sebab isteri tak pandai masak sampai nak bercerai berai. ye dak? Tak patut tau...banyak cara lain lagi nak bagi isteri pandai masak. Hadiahkan buku masakan ker, then cakap la anda teringin nak makan lauk sekian sekian. InsyaAllah, isteri anda pasti akan buatkan. Tak caya, cuba laaa...

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Isteri merajuk suami mesti pujuk -pakutih-


Bila isteri merajuk...

Kita balik dari pejabat terus ke rumah dengan niat nak mandi sekejap, sembahyang ‘asar kemudian capai reket badminton terus ke gym beriadah dengan sahabat-sahabat untuk memenuhi tuntutan jasmani kita. Tetapi setibanya di rumah, belum sempat kita buat apa-apa, isteri kita dah minta tolong belikan itu dan ini dan macam-macam lagi. Disebabkan dah berjanji dengan sahabat untuk tepat sampai ke gyn jam 5.30 petang kerana sewa bermula jam 5.30 dan juga kenalah jaga imej sebagai seorang yang amat menepati masa, maka kita terus aje memberikan alasan untuk tidak mahu pergi ke kedai beli barang dengan berkata,
“Eishh!, takkan benda-benda kecik tu pun abang belikan, pergilah beli sendiri atau suruhlah Kak Long tu beli, bukan jauh pun kedai tu…” kita mula berleter dengan harapan pandangan kita tadi diterima dengan hati yang terbuka. Tetapi belum sempat kita menarik nafas untuk meletakkan “full stop” komen kita tadi, meletup isteri kita menyembur macam machine-gun kata-kata kecewa kerana kita tak mahu tolong dia. Keluarlah macam-macam peristewa silam yang dulu-dulu tu kesilapan-kesilapan kita tak mahu tolong dia. Sampai ke peringkat dia kata,
“YAH, TAK MAHU LAGI MASAK UNTUK ABANG, ABANG NAK MAKAN KUIH SEDAP-SEDAP, PI BELI SENDIRI… YAH FED-UP DENGAN ABANG!..” sambil dia masuk ke dalam bilik tidur, menghempas pintu “Begedegum!” terus membenam dalam tilam nostalgia kita tu.


Kita pun terpinga-pinga dibuatnya. Apa salah aku. Takkan sebab tak mahu ke kedai dah merajuk tak mahu masak untuk kita!.. pening kepala. Lagi pening kalau anak-anak juga terpinga-pinga di belakang tirai pintu bilik masing-masing melihat lakunan “heavy drama” ayah dan ibu mereka ni.
Kita mula naik geram, nak ditanggalkan terus bermain badminton, rasa pula tak boleh nak tumpu kepada permainan. Nak tunggu hingga isteri tu reda, entah bila pula merajuknya tu reda. Biasanya sampai 2-3 hari, malah kadang-kadang mencecah hingga seminggu baru dia mengorat kita semula. Kita pun telefon sahabat minta excuse. Duduklah kita kat rumah tu membereskan kerja-kerja yang isteri kita tinggalkan tadi. Itupun kot-kotlah ada suami-suami yang nak buat.
Apa silapnya kita? Apa yang mesti kita buat?
1. Pertama sekali, kita mesti terus ingatkan nasihat dari Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat: 19 bermaksud: ” …… Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya) janganlah kamu terburu-buru (menceraikannya), kerana boleh jadi kamu benci sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
Adalah hikmahnya pada hari itu yang Allah takdirkan berlakunya merajuk oleh isteri kita tu. Kita tidak mampu menjangkau ilmuNYA. Kemungkinan jika isteri tu tidak merajuk, maka kita terus ke gym dan di sana mungkin kita terkena bala atau musibah yang kita sendiri tidak mampu memikulnya.
2. Sebaik-baiknya, kita biarkan dia melepaskan rajuknya itu mengikut kepuasannya. Biasanya mereka lebih sabar dari kita. Banyak perkara-perkara yang menyinggong hatinya yang kita buat sebelum ini, mereka tidak marah. Mereka mengalah dan simpan. Kita pula jenis yang tidak sedar kesilapan yang kita telah buat. Malah ada dikalangan kita yang tiada perasaan pun.Isteri kita tu sabar dan menyimpan semua peristewa-peristewa itu dalam “hardisk” mereka. Tetapi apabila hardisk tu dah penuh, maka masanya akan tiba juga untuk depa semburkan kesemua files kepada kita. Proses semburan ni pun tidak lama. Paling tinggi 10 minit. Lepas tu depa akan lari masuk ke dalam bilik dan membasah bantal dan tidak mahu bercakap dengan kita. Dari sudut fisiologinya, depa dah “lega” lah tu.
3. Kita pula mestilah mengalah sikit. Jika merajuknya tu berpunca dari kes yang berat-berat, maka tunggulah besok barulah kita cuba-cuba pujuk dia. Jangan malam itu juga cuba nak pujuk, nanti tak pasal-pasal kena sesiku sulongnya di dagu kita. Biarkan besok barulah cuba-cuba. Jika tak menjadi, cuba lagi dengan strategi lain. Tetapi jangan putus asa. Dan jangan pula ego tak mahu pujuk dia.
4. Bila isteri kita tu dah mula nampak nak “mengorat” kita kembali, maka cuba kita jadikan ia sesuatu yang positif. Dia akan segan-segan silu meminta sesuatu dari kita. Kadang-kadang dia menggunakan anak kita sebagai posman. Inilah masa yang amat indah bagi pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun. Peristewa isteri mula nak mengorat selepas merajuk ni, laksana kita mula-mula bercinta dulu. Rasa cinta akan menyegar kembali. Senyum-senyumlah padanya jika dia mula nak mengorak senyum. Sentuh-sentuhlah dia apabila dia buat-buat terlanggar kita. Lupakan kata-kata kesatnya 2-3 hari yang lepas semasa dia “tidak siuman” itu. Lafazkan kata cinta padanya.
5. Tapi awas ya, jangan biarkan lama sangat rajuknya tu. Jangka waktu seminggu adalah paling maksimum. Selepas dari itu, kita kena rujuk Surah An-Nisa’ ayat 34: untuk tindakan kita selanjutnya:
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khuawatirkan nusyuz, maka nasihatilah mereka dan (jika mereka berdegil)pisahkan mereka dari tempat tidur dan (kalau mereka masih berdegil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
6. Jangan pula kita berdoa agar dia merajuk hari ini. Minta dari Allah untuk hindarkan perkara-perkara yang memberatkan kita dengan doa setiap kali kita bertemu dengan isteri kita:
” Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan dari isteriku dan kebaikan fitrah tabiat yang telah Engkau tentukan, dan aku juga berlindung kepadaMu dari keburukan isteriku serta keburukan fitrah tabiatnya yang telah Engkau tentukan”.
Selamat menantikan isteri merajuk
- Pak Utih -

Komen saya : Suami mesti tahu kelemahan isteri masing masing. Jadi makin senang suami nak pujuk isteri. Kalau isteri suka dipeluk, maka peluklah dia. Jika isteri suka surprise, surprisekan dia. Jika isteri suka suami minta maaf, minta maaflah daripada dia. Bangi bunga, kompem cayaq eh...hihihihi




AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya

POS ke seluruh Malaysia

21 June 2014

Taubat Nasuha

di sini,aku nak kongsi sedikit ilmu dari pembacaanku tentang taubat Nasuha..sesungguhnya kita sebagai manusi tidak lari daripada melakukan dosa-dosa samada besar ataupun sekecil zarah..

Syukur Alhamdulillah kerana kita mempunyai Tuhan yang satu iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala..Dialah segala-galanya di dunia ini..Dia yang Maha Pengampun,Maha Adil, Maha Kuasa, Dialah jua yang memaafkan dan Dialah jua yang membantu kita dalam melayari kehidupan seharian..tanpaNya kita bukanlah sesiapa...dan tanpaNya jua kita tiada di dunia..dan tanpa rahmatNya,kita takkan berdiri dan hidup di dunia milikNya yang hanya sementara...

oleh itu, marilah sama-sama kita menyesali segala perbuatan serta dosa-dosa yang telah kita lakukan..ingatlah bahawa Allah sentiasa menerima taubat hambaNya..

----------------------------------------------------------------------------------

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “

Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-

a. Segera meinggalkan dosa tersebut
b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku
c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.

Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut ‘kerana Allah’ dan bukan atas sebab-sebab yang lain.

Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun dia sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.

Untuk mengalak melakukan dosa yang sama:

a. Perbanyakkan memohon do’a agar Allah swt memberi kekuatan kepadanya.
b. Bergaul dengan orang-orang Alim dan golongan agama. Sentiasa berdamping dengan mereka. Ingat, bahawa sahabat-sahabat yang baik akan mendorong kita melakukan kebaikkan, dan begitulah sebaliknya.
c. Berbanyakkan zikir kepada Allah swt.
d. Melibatkan diri dalam kerja-kerja menuntut ilmu agar dapat mengisi ruang fikiran.
e. Lakukan banyak amalan-amalan sunat, seperti puasa, solat, sedekah dsb.
f. Cuba jangan biarkan diri berseorangan. Apabila kita berseorangan, Syaitan akan cuba menguasai kita.
g. Cuba sentiasa melakukan solat fardu di masjid.
h. Selalu mengingati diri akan takut kepada Allah, takut akan siksaannya, takut akan nerakanya.

“Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya”

“Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya”

Ingatlah, bahawa berfikir bahawa Allah swt tidak akan mengampunkan dosa-dosa seseorang itu adalah seperkara yang salah. Allah swt sentiasa akan menerima taubat hambanya. Malahan didalam sebuah hadith yang panjang didalam Kitab Riyadhussolihin juga menceritakan bahawa seorang yang telah membunuh 100 orang juga diterima taubatnya oleh Allah swt.

Syaitan akan berusaha mengasut manusia melakukan dosa, dan bagi mereka yang sudah terlanjur, Syaitan akan berkata : Allah swt tidak akan mengampunkan dosa engkau lagi!!

Usahlah seseorang itu berputus-asa dengan pengampunan Allah swt. Hendaklah sentiasa manusia itu memohon ampun kepada Allah swt dan bertaubat kepadanya.

semoga kita senantiasa mendapat perlindungan serta keampunan dari Allah...aku sangat suka lirik lagu ini kerana memberi maksud yang sangat mendalam...ia juga mampu membuatkan diri sentiasa ingatkan Allah dan bertaubat

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

SUBHANALLAH!!! ALHAMDULILLAH!!! ALLAHU AKBAR!!!


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

18 June 2014

Klinik gigi



Hari ni baru dapat ke klinik gigi sebab tak tahan sangat. Tampalan gigi depan makin sakit, sampai picit hidung pun terasa ngilunya.

Mula mula dulu hanya rasa ngilu bila nak minum air, nak kumur. Terasa sikit sikit saja. Sekarang makin menjadi pulak. Tak tahu apa sebabnya.

Lagi pula nak buat tampalan pada gigi geraham, dah tertanggal tampalannya. Tak selesa nak makan. Dah setengah jam ni, ramai sangat orang. Lagi pula hanya ada doktor sahaja, staffnurse tiada.

Doktor cakap gigi ummi perlukan rawatan lanjut sebab sakitnya sudah sampai ke akar gigi..huhu, gigi depan pula tu. Appointment ummi pada bulan Ogos selepas raya...lambat lagi lor..

Jadi, doktor hanya bekalkan antibiotik untuk kurangkan rasa sakit....

Adik madihah ummi tinggalkan pada Acik Ila. Hope dia baik baik saja.

Mawaddah teman ummi tampal gigi...

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

12 June 2014

Majlis pertunangan Zaty

Alhamdulillah...

Pada 7 June yang lalu, my cute cousin telah selamat menjadi tunangan kepada Hanief. Zaty ni anak tunggal Mak Njang & Pak Njang ku yang tinggal di Bukit Beruntung. So, semua turun padang sebab Pak Njang & Mak Njang ni memang jenis yang suka turun padang bila ada kenduri nak buahnya.

Inilah masanya kami membalas jasa baik depa yang selalu membantu majlis majlis kami sebelum ini. Seronok bukan main sebabnya dapat berjumpa melepaskan rindu pada my lovely family yang mai dari Kedah. Happy sangat dapat jumpa Mak Abah walaupun sekejap. 

Jumpa lagi di lain waktu. InsyaAllah..jom tengok gambar sekitar majlis dan selepas majlis. Musim ber'monopod' kan sekarang..hihihih



AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Throwback Mawaddah 2 tahun


Alhamdulillah...
Syukur Ya Allah...

Engkau telah pinjamkan anugerah tak ternilai ini kepadaku.
Kini sudah genap 2 tahun aku bergelar seorang ummi.

28 Mei 2012,
Lahirlah seorang puteri yang comel, cukup sempurna sifatnya, juga mempunyai lesung pipit di kedua dua belah pipinya, sama seperti ummi

Pada usia 38 minggu dalam kandungan, maka lahirlah dia di PPUKM, jam 8.04pagi.

Kini, si puteri kesayangan sudah menginjak umur 2 tahun. Cepatnya rasa masa berlalu. Mawaddah ni sorang kakak yang penyayang, anak yang manja lagi lagi dengan babahnya. Kuat merajuk, susah sikit nak bergaul dengan orang (dah lama baru okey). Suka bercerita walaupun ummi dan babah tak paham sepatah kata pun.. Its okay, take your time sayang. Satu hari nanti, kamu akan pandai bercakap seperti orang lain.

Tiada apa yang ummi dapat berikan sebab ummi tak bekerja. Ummi hanya mampu berdoa atas keselamatan dan kesejahteraan kamu anakku. Ummi berharap kamu akan menjadi muslimah yang sejati, anak yang solehah, yang mendengar kata serta menghormati orang tua.

SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU, 'AINUL MAWADDAH.

Kek birthday special by ummi. Penuh rasa kasih dan sayang untukmu.

Your happy faces. Since your bornday.

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Anak-anakku


Macam kembar kan dua beradik ni? huhuhu..beza setahun kan, gitulah gayanya..


Macam comel je adik pakai tudung. Tapi orang pakai macam boy! ok bye...

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Kelantan, here we come!

Pada 24 Mei yang lalu, kami sekeluarga ke Kelantan untuk menghantar PakSu Hanif (adik Babah). Dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Asasi Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan.

Kami gerak dari rumah selepas Zohor. Lewat sangat. Ikut Gua Musang. Tak pernah kami lalu sebelum ni..hehehe...Babah drive, ummi tahu babah sebenarnya penat sangat dan dia memang tak tahan bawak kereta malam-malam. 

Mulanya kami sesat sampai ke Jerantut sana. Jauh sangat. Pastu kami patah balik. Takpelah, nak buat macam mana, memang tak pernah lalu ikut suka. Kat situ kami dah bazirkan masa 2 jam tau...huhu...Dah ikut laluan betul, waktu tu dah Maghrib. Babah drive, sekali tengok jarak, Ya Allah jauh lagi nak sampai ni. Sebelum tu, kami berhenti makan dahulu. Sedap masakan kat gerai tepi jalan tu. hehehe

Kami teruskan perjalanan. Sampai satu tahap babah dah mengantuk sangat, jadi dimintanya Paksu pula drive. Ummi kebetulan masa tu tak berapa sihat, selsema makanya memang tak daya la nak drive kan. huhuhu..ummi tak mau ikut, babah ajak juga. Katanya tak best pergi jalan jalan ummi tak ikut. yela tu kan..hihihi

Malang nasib kami. Sampai di Gua Musang, JPJ buat roadblock. PakSu Hanif masa tu masih dalam lesen P, jadinya kena tahan sebab tak pamerkan P pada cermin kereta. Tapi Alhamdulillah dia tak kena batalkan lesen, cuma babah kena saman sebab nombor plat tak mematuhi syarat JPJ. hurmmm...ummi dah cakap kan...takpela, pasni tukar pakai yang biasa je..

Sampai di satu tempat, ummi dah tak ingat, ummi pulak yang drive sebab semua dah mengantuk. Takpelah, sekejap je lagi nak sampai. Akhirnya, kami sampai di Kota Bharu dalam pukul 3 pagi. Cari hotel dan terus check in. Madihah meragam sebab dia pun tak sihat. Baru lepas sembelit. At last pukul 5 pagi baru dapat tido. 

esoknya pagi pagi, madihah meragam lagi. menangis tak henti. ummi bawak dia turun bawah nak tenangkan dia. sementara Paksu, Mbah bersiap siap untuk pergi daftar. Lepas depa pergi, ummi sambung tidur balik dengan dua orang puteri ni.


Kami yang monyok sebab mengantuk...huhuhu

Then around pukul 1, kami check out. terus ke asrama hantar barang. then kami terus gerak ke Rantau Panjang. Mbah nak beli barang. Banyak Mbah borong. Babah belanja ummi 1 set periuk 9 beranak.dan kuali kecik satu. Thanks Abang...

Then, kami terus bertolak balik. Kali ni ummi n babah je gilir-gilir bawak keta. Penat yang teramat sangat rasanya. Sebab ummi tak berapa sihat masa tu. Kami sampai rumah dekat Subuh. Penat kan? Yer memang penat yang teramat sangat sampai tak tau nak cakap. haahaha...

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia