AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

08 August 2011

Berpuasa dan berbuka di Kampung Suamiku, Sabak Bernam


ikan siakap 3 rasa....nampak sedap tak?

Alhamdulillah....hari ni dah masuk hari ke-8 kita berpuasa...rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa..semoga kita sama-sama mengumpul banyak2 pahala dan memperbanyakkan sedekah, ibadah serta bertaubat di atas segala dosa2 yang lalu...


Alhamdulillah, kali ini Ramadhanku adalah buat pertama kali aku lalui sebagai seorang isteri kepada suami tercinta..Syukur kerana Allah memberi peluang kepadaku untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini..bahagia rasanya kerana dapat bersahur dan berbuka bersama suami...walaupun hidangan yang disediakan ala kadar namun cukup untuk kami berdua...

dan baru ini, saya dan suami pulang ke kampung untuk berpuasa di kampung....gembira kerana ipar-duai semua sporting...hehe.. Kakak, Ema, Faizah, Anang...cuma yang tiada ialah family abg kepada suamiku..kerana mereka berada di Sarawak...

hari sabtu, saya ditugaskan untuk memasak ikan siakap tiga rasa...hehe..saya ni bukan pandai sgt masak, tapi nasib baik pernah masak ikan tiga rasa sebelum kahwin dulu...Alhamdulillah menjadi..sampai tinggai tulang...ekeke...hari ahad pula, emak buat karipap dan kakak perap ayam..kami bakar bersama di bawah rumah....seronok sangat2 bila ada pengalaman macam ni...

dan InsyaAllah, saya dan suami akan pulang ke Kampung halamanku di Kedah pula pada minggu ketiga Ramadhan...ini adalah kerana, saya akan beraya dahulu di kampung suami....

oklah, kepala saya pening akibat tidur lewat semalam...smpai di Bangi pukul 11 lebih gara-gara jem..huhu..pastu smpai uma leh pulak sambung baca novel..(inilah akibatnya kalau dpt novel - malam ni kena habiskan sbb start esok malam nak mula menjahit langsir) yeay!!

----------------------
Hugs,

No comments:

Post a Comment