As Salam...
semalam saya bersama Kak Kamariah, boss saya pergi ke Bank Islam di Jalan Dungun..saya hanya menemani Kak Kam memberi talk di sana. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada staff di sana..Ada yang sudah mempunyai anak, ada yang sedang mengandungkan anak pertama, dan ada juga yang baru berkahwin seperti saya...ekekek ^_^
semalam saya bersama Kak Kamariah, boss saya pergi ke Bank Islam di Jalan Dungun..saya hanya menemani Kak Kam memberi talk di sana. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada staff di sana..Ada yang sudah mempunyai anak, ada yang sedang mengandungkan anak pertama, dan ada juga yang baru berkahwin seperti saya...ekekek ^_^
Topik bengkel ini adalah topik yang sering menjadi bualan yang masalah bagi kebanyakan ibu-ibu yang menyusu. Dengan topik “Managing Low Milk Supply”, Kak Kam memulakan bengkelnya dan menghuraikan topik ini.
Kak Kam menerangkan tentang Anantomi Payudara terlebih dahulu agar semua tahu apa yang ada pada setiap payudara wanita. Setiap wanita yang sudah baligh, mampu menyusukan anak-anak jika diizinkan oleh Allah SWT. Setiap payudara wanita mempunyai kalenjar-kalenjar susu iaitu tempat penghasilan susu. Setiap kali datang bulan, kalenjar-kalenjar ini akan terbentuk dengan galaknya. Jadi tidak mustahil seorang wanita itu tidak mempunyai susu, seperti yang sering diperkatakan.
Bahkan jika seorang anak dara yang belum berkahwin pun boleh menyusukan seorang bayi, dan seorang nenek pun boleh menyusukan cucunya juga. Dan ibu-ibu yang mengambil anak angkat pon sudah ramai yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dan menjadikan anak-anak ini sebagai anak susuan mereka.
Kak Kam sering menekankan bahawa “Mengosongkan payudara dengan lebih kerap akan menghasilkan lebih banyak susu dalam badan”. Ini bermakna, lagi kerap kita mengosongkan payudara, lagi banyak susu yang akan terhasil.
“Setiap 24 jam, paling minimum kekerapan yang perlu dibuat ialah 8-12 kali untuk mengosongkan payudara, samada dengan menyusukan anak secara terus ataupun melalui pam dan juga perahan tangan”
Anatomi yang sering dikaitkan dengan penghasilan susu badan ialah “pam tandas”. Seperti yang kita ketahui, sekiranya kita menggunakan pam tandas, air yang baru akan dihasilkan ke dalam pam tersebut. Jika tidak digunakan, air tersebut akan berada di dalam pam itu sahaj. Begitu juga dengan penghasilan susu ibu, jika kita tidak mengeluarkan susu yang ada di dalam payudara, ia tidak dapat menghasilkan susu yang baru. Jadi, melalui proses osmosis, air dalam badan kita akan masuk ke dalam payudara dan menyebabkan payudara membengkak dan sakit jika tidak dikeluarkan.
Seringkali ditegaskan bahawa, jangan membiarkan payudara membengkak untuk kita mengeluarkannya. Konsep tersebut salah sama sekali kerana terdapat ibu-ibu yang sering menunggu sehingga payudara membengkak untuk mengeluarkan susu tersebut. Sebenarnya, apabila payudara membengkak, susu yang dikeluarkan ialah susu yang telah bercampur dengan air yang ada di dalam badan kita melalui proses osmosis. Dan jika dilihat pada kepekatan susu tersebut, susu yang diperah semasa payudara membengkak adalah cair berbanding dengan susu yang diperah dengan kerap.
Sesi perbincangan dalam kumpulan juga diadakan bagi melihat respond dan jawapan daripada pekerja-pekerja di sini. Antara topik yang diberi ialah :
1. Mengapa kita perlu Memperbanyakkan Susu Ibu?Why Do We Need to Make More Milk?
2. Bagaimana Hendak Membanyakkan Susu Ibu?How Do We Make More Milk?
3. Apakah Cabaran untuk Memperbanyakkan Susu Ibu?What Are the Obstacles to Make More Milk?
4. Apakah Bahan/Makanan yang anda tahu yang boleh membantu Memperbanyakkan Susu Ibu?What Are the Tools/Remedies you know that can help to Make More Milk?
Sebagai kesimpulan daripada bengkel ini ialah:
- Kekerapan mengosongkan payudara ialah cara sebenar yang akan menghasilkan lebih banyak susu. Jika ingin mengambil bahan-bahan untuk membanyakkan susu, ingatlah, bahan tersebut hanya akan membantu untuk sementara sahaja.
- Susu yang terhasil adalah mengikut ‘Demand’ atau kehendak anak itu sendiri. Setiap ibu yang menyusu tidak akan mempunyai kuantiti susu yang sama. Jadi tidak perlu untuk membandingkan susu ibu yang diperoleh dengan orang lain.
- Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, tidak perlu mempunyai jadual yang spesifik untuk mengosongkan payudara kerana jadual ini mungkin akan memberi tekanan kepada anda. Jadi, bagi ibu bekerjaya, jika anda mempunyai masa lapang, kosongkanlah payudara anda pada waktu itu.
Susu ibu akan berkurang sekiranya:
- Tidak mengosongkan payudara dengan kerap
- Jika anda datang haid atau mengandung. Sekiranya susu anda merudum dengan banyak, anda perlu membuat ujian samada anda mengandung atau tidak. Jika tidak, kemungkinan anda akan datang haid dalam masa terdekat.
Hugs,
No comments:
Post a Comment