AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

17 February 2011

Seorang Isteri

Salam Alayk...

Ya Nabi Salamun Alaik...Ya Rasul Salamun Alaik..Ya Habib Salamun Alaik..Solawatullahi Alaik...
Alhamdulillah..dah berselawat kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW..


Ok, ramai jugak kawan2 bertanya selepas berkahwin ni.."Apa cerita sekarang?" "Dah ada ke belum?" hehe..itu soalan yang sering ditanya lah...sekarang Alhamdulillah, saya ok aja...yang tang dah ada ke belum tu, hehe..ada..banyak sangat lemak2 ni ha..cemana nak buang ni eh? kikiki

sebenarnya, belum ada rezeki lagi..semuanya kan pemberian Allah..kami berdua hanya mampu berdoa dan berusaha agar diberikan yang terbaik buat kami..mungkin Allah mahu beri peluang kami hidup berdua dahulu, dan eratkan kasih sayang kami yang sedia ada ini. dan juga Allah ingin menguji keimanan dan tahap kesabaran kami..dan mungkin juga Allah mahu kami bersedia daripada segi metal dan fizikal..dalami ilmu2 dahulu...ehehe..InsyaAllah, jika ada rezki, dan jika ia ditakdirkan Allah, kami akan mempunyai zuriat sendiri..mungkin bukan sekarang, tapi pada masa akan datang kan?

ok berbalik pada perubahan terhadap diri saya selepas berkahwin ni..erm...kalau dulu, saya ni seorang yang malas masuk dapur..hihi *walaupun dah dileteri emak..ekeke* tapi selepas berkahwin ni, tak taulah, automatik jadi rajin masuk dapur..macam2 nak buat...sampai kami berdua dah berisi sekarang...hihihi *oppsss*

betul saya mengaku, saya memang suka memasak...macam2 saya dah buat...yang tak pernah saya masak pun, saya automatik jadi pandai masak..hihi...inilah mungkin kehebatan cinta dan kasih sayang serta kesedaran terhadap tanggungjawab yang digalas ini...saya seronok memasak untuk suami saya..

dan sekarang, sejak suami saya mengajar sesi pagi, saya akan sediakan makanan tengahari sebelum saya ke tempat kerja..saya gembira kerana suami akan pulang dan makan di rumah..Alhamdulillah, rutin ini berlarutan sehingga hari ini..*tapi kalau saya tak sihat, saya tak masak..kesian kat suami T_T*

disebabkan tinggal berdua, saya perlu mengemas rumah juga...yer, saya suka rumah kemas dan sejuk mata memandang...sebab dari dlu lagi saya suka mengemas!

haaa...ni perubahan yang paling ketara..dulu, saya suka tidur selepas waktu subuh..tapi sejak kahwin ni, suami tak benarkan saya tidur selepas subuh *kecuali tak sihat atau penat yang teramat sangat* dan waktu itulah saya ambil untuk sediakan sarapan buat suami...

dan ketika pulang ke kampung baru2 ini, saya gembira kerana saya tak tidur lagi selepas subuh, sebaliknya saya siapkan sarapan untuk seisi keluarga...emak pun mesti gembira dengan perubahan saya..."Dah kahwin, kenalah buatkan sarapan untuk suami..." itu ayat mak..hehe

Alhamdulillah, seronok sangat bergelar seorang isteri ini..rasa macam selamat sangat2..sebab walau ke mana saja nak pergi, memang bersama suami..kecuali kalau pergi kerja..sebabnya suami bekerja pada pukul 7 pagi, saya pula pukul 9 pagi...hehe

So, kepada kawan2 yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, semoga kalian gembira menjadi isteri kepada suami kalian..sesungguhnya tanggungjawab seorang isteri itu adalah paling berat dan kalau kita tak taat pada suami, neraka lah tempat kita...so renung2kan dan selamat beramal...^_^
----------------------
Hugs,

No comments:

Post a Comment