AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

09 March 2011

Bawa Bekal pergi Kerja

hehe..saja ja nak sebok2 bagitau kat sini...**dush3!**
gambar hiasan semata-mata

sejak-sejak saya kena jaga kedai sorg diri (Kak Ila cuti bersalin), saya kadang-kadang tak dan pi makan dan pi beli juga..so saya memang bawa bekal, kalau saya dan masak pagi tu..so far Alhamdulillah..saya dan masak pagi-pagi tu untuk hubby balik makan lepas balik sekolah tengahari tu...seronok sangat sebab hubby suka dan cakap selesa makan masakan isteri dia yang comel sorang ni ^__^

saya masak taklah hebat bagai..takdelah saya masakan gulai lemak ke, kari mamak ke, saya buat sekadar yang mampu jer...dan minggu ni saya banyak gorengkan ikan lengat..heeh..tau ke apa tu ikan lengat?ok meh saya bagitau...ikan lengat ni mak saya yang namakan, dan kami sekeluarga sangat suka...sedap tau, lagi-lagi kalau time takdak selera makan or bulan puasa masa sahur...

mula-mula rebus dulu ikan temenung/kembung (atau ikan lain pun boleh) dengan serbuk kunyit, garam dan asam keping...pastu dah siap rebus boleh la goreng...rasanya masam2 sikit tak macam ikan goreng biasa..ratah saja pun sedap..hihihi...dan boleh simpan dalam peti sejuk yang belum digoreng tu...haa...saya pun buat macam tu..stok seminggu!hehehe

dan selalunya saya masak biasa-biasa ja..kalau ada sayur saya akan goreng dengan sos tiram...saya goreng biar tak lembik, keras2 lagi..baru berkhasiat! dan kalau ada kacang2 tu, saya buat goreng kunyit + telur...hubby pun suka..sebenarnya, hubby saya tak kisah bab-bab makan ni..dia bedal je apa yang saya masak tanpa banyak komplen..**saya suka sangat** dan yang paling best, setiap hari bila dapat makan, dia akan cakap "sedaplah ayg masak harini"..

walaupun bagi saya, biasa ja masakan saya, tapi saya gembira kerana hubby sangat prihatin dan pandai mengambil hati saya..setiap pujian tu lah jadikan saya semangat nak sediakan pada esoknya...^__^ **kecuali kalau saya tak larat**

dan saya akan membawa bekal ke pejabat..jimat kos! dan berselera ja setiap hari...hehe
----------------------
Hugs,

No comments:

Post a Comment