AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

01 March 2011

SGM 2 : Preparing for Birth and Breastfeeding

As Salam...


saya nak kongsi SGM yang company saya anjurkan untuk bulan Februari ni...as per request from my friend, Ima, yang bakal melahirkan, ini rumusan tentang topik ye Ima...kalau ada pape, boleh tanya saya..hehe

saya diminta oleh kakak senior BF untuk menjadi co-moderator dalam kumpulan tersebut, tapi saya menolak dengan sehalusnya bahawa saya belum complete training lagi dan belum diiktiraf sebagai "Malaysian Breastfeeding Peer Counselor"..ikutkan hati nak je, tapi ilmu ni belum cukup lagi untuk dikongsi..lain lah kalau sudah berpengalaman...weeeeeeeeeeeeee!!

Persediaan Kelahiran dan Penyusuan

Ini adlah perkongsian daripada sesi perbincangan oleh peserta yang hadir...semoga maklumat ini membantu kawan2 yang bakal menjadi ibu atau yang sudah bergelar ibu...^_^

1. Persediaan sebelum kelahiran dan penyusuan

a. Ilmu pengetahuan
i. Bakal ibu dan bapa perlu menyediakan diri dengan ilmu mengenai kelahiran dan penyusuan setelah mendapat berita bahawa mereka akan menimang cahaya mata
ii. Mereka juga boleh menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti Perjumpaan Kumpulan Sokongan, Kelas Kelahiran / Penyusuan
iii. Pelbagai laman sesawang yang boleh dijadikan sumber rujukan

b. Mental
i. Persediaan mental sangat penting kerana bayi yang bakal dilahirkan merupakan seorang insan yang tidak mengerti apa-apa dan memerlukan penjagaan rapi oleh ibu dan bapa – kita perlu bersedia untuk menjaga bayi tanpa mengira waktu. Jika kita tidak kuat, kita mungkin akan melakukan sebaliknya, contohnya dalam penyusuan, kita mungkin akan memberikan susu formula jika anak kerap menangis.

c. Pemilihan hospital
i. Ini juga penting untuk kemudahan kita sendiri – pilihlah hospital yang kita tahu akan membantu kita terutamanya dalam penyusuan
ii. Buat pilihan serta cari maklumat seperti bertanya kepada kawan-kawan yang pernah bersalin di hospital tersebut

d. Pelan kelahiran/Birth Plan
i. Pelan kelahiran ialah perjanjian bertulis di antara kita dan doktor. Di dalam pelan tersebut, kita boleh senaraikan apa yang kita kehendaki semasa dan selepas proses kelahiran. Dan pelan ini perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan kita sebagai pengguna, ada hak untuk menulis permintaan kita.

2. Persediaan semasa kelahiran dan penyusuan

a. Memulakan penyusuan dalam tempoh satu jam pertama selepas kelahiran
i. Memulakan penyusuan dalam satu jam pertama amat penting untuk bayi. Bayi akan memperolehi kolustrum yang pertama untuk dirinya kerana kolustrum ini akan memberikan perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan
ii. Pelan kelahiran boleh digunakan untuk menekankan kemahuan ibu untuk mengalami peristiwa penting ini
iii. Semasa di dalam dewan bersalin, kita juga boleh mengingatkan jururawat atau doktor tentang keinginan ibu untuk menyusukan anak pada jam pertama tersebut

b. Sokongan
i. Sokongan padu daripada suami amat diperlukan oleh isteri semasa proses kelahiran dan sepanjang tempoh penyusuan berlangsung. Saling faham memahami tentang peranan masing-masing akan menjadikan proses ini berlangsung dengan harmoni.
ii. Sokongan ibu bapa, keluarga dan orang sekeliling juga penting supaya kita tidak terbabas dengan mitos-mitos yang diberikan.

c. Kuantiti susu
i. Kita tak perlu bimbang tentang kuantiti susu semasa awal kelahiran kerana secara lazimnya, kuantiti kolustrum memang sangat sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir

3. Persediaan selepas kelahiran dan penyusuan

a. Mitos
i. Mitos sememangnya sebati dengan adat dalam setiap masyarakat. Jadi bagi menjayakan penyusuan ibu, kita perlu tahu membezakan antara mitos dan fakta.
b. Emosi
i. Kawalan emosi juga penting agar kita tidak terjerumus dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling
c. Menangani cabaran
i. Sediakan mental dan fizikal dalam mengharungi segala cabaran yang datang
ii. Ambil langkah yang terbaik agar kita berjaya dalam misi penyusuan ini
Jangan lupa yer join next SGM pada 27 March, dengan topik "Avoiding Common Difficulties"

Jom layan gambar SGM kali kedua ni.....zaaaasss




----------------------
Hugs,

No comments:

Post a Comment