Assalam...
pada tanggal 27 November 2011 yang lalu, genaplah usia perkahwinan kami suami isteri SETAHUN...Selamat Hari Ulangtahun, Abang...dan juga genap usia kandunganku 3 bulan...SYukur!!
pada hari yang sama, kami pergi ke Melaka untuk Majlis Bertandang kakak ipar saya...dan selepas itu, kami gerak ke Bandaraya Melaka bersama 3 orang adik..memang kami berdua sudah merancang untuk ke sana kerana saya ingin naik River Cruise..
kami sampai di sana hampir pukul 6 petang...jalan begitu sesak dengan kehadiran pelancong ke Bandaraya Melaka...setelah mendapat parking, kami terus keluar berjalan menuju ke tempat yang ingin dilawati...baru saja keluar dari kereta, hujan turun dengan lebat membasahi bumi sekaligus membasahi kami di situ...separuh badan basah, kesejukan, dan kami mengambil tempat untuk berlindung sambil minum air panas...
setelah hujan reda, jam baru menunjukkan pukul 6.15 ptg, kami ingin naik River Cruise waktu malam..katanya sangat cantik pemandangan itu..kami lepak-lepak di tepi sungai itu sambil makan jagung panas yang sangat manis...yum3...tanpa membuang masa, kami ke Menara Taming Sari...Abang, serta 2 orang adiknya belum pernah menaiki menara tersebut...tapi kami perlu beratur...ramai sangat orangnya...pukul 8.30malam baru dapat naik menara tersebut...dengan basah kuyupnya lagi..hahaha ::sangat tak puas hati sebab tunggu 2 jam, naiknya 10min jer::
lepas tu, kami ke River Cruise...Ya Allah ramainya orang..saya sedih sangat sebab sudah lama kepingin nak naik cruise tu...::Sobsob:: sebab masing-masing dah penat, kami bersetuju nak balik...kami berjalan menuju ke arah satu lagi tempat untuk naik cruise...rezeki baby agaknya, kami boleh naik cruise tanpa beratur panjang...beli tiket terus naik...tak ramai/tak perlu beratur panjang seperti kaunter lagi satu tu...
memula naik sangat teruja...tapi lepas separuh perjalanan, masing-masing dah bosan...hahahaha...masa patah balik, siap adik tertidur lagi...kesian sungguh...saya dan suami menikmati keindahan ini bersama..gembira rasa di hati, dapat sama-sama naik cruise dan jalan2 pada hari ulangtahun kami...terima kasih Ya Allah..
tiada apa yang saya inginkan pada hari bahagia itu, hanya ucapan sayang dan cinta yang diberi sudah memadai...juga dengan kehadiran permata hati kami yang kian membesar dalam rahimku ini adalah tanda cinta sejati kami...Syukur Ya Allah...kerana diberi peluang untuk menikmati kehidupan sebagai seorang anak, isteri dan didoakan agar berpeluang menjadi seorang ibu...
Salam Sayang,
No comments:
Post a Comment