AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

09 December 2011

Ombak Rindu


Hari ni saya nak buat sedikit komen daripada mata kasar saya selepas menonton "Ombak Rindu" baru-baru ni bersama suami tersayang...masa dapat tau filem ni bakal keluar, hati ni meronta-ronta nak pi tengok, padahal sudah berapa tahun saya tidak menjejak panggung wayang...seingat saya last saya masuk pada tahun 2009.

Bagi kaki novel seperti saya, pasti tidak akan melepaskan peluang ini...sebelum pergi, saya banyak membaca komen daripada kawan-kawan yang sudah pergi menonton terlebih dahulu. disebabkan ramai yang berkata "memang hujan tengok ombak rindu" lagi lah hati ni meronta-ronta mau pergi...akhirnya, dapat juga...

saya memang tak berharap ia seperti di dalam novel keran amat berbeza di antara novel dan filem...bagi saya jalan cerita, scene penggambaran di sawah padi sangat menggamit hati saya...sungguh cantik dan nyaman.. tetapi saya sangat tidak setuju & ianya berkaitan sensitiviti saya sebagai seorang Islam...watak "adegan panas" turut dilakonkan dalam filem ni. bagi saya ia amat tidak sesuai memandangkan filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat...::sedih::

jadi, filem seperti ini perlulah ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan...

----------------------
Salam Sayang,

No comments:

Post a Comment