AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

27 September 2012

Mawaddah cucuk 2 bulan

Bismillah...

ok sekarang ummi nak bercerita pula pasal Mawaddah cucuk 2 bulan..hehe

hujung bulan 7, babah akan mai ambik ummi & Mawaddah nak bawa balik Bangi..ummi gembira sangat sebab dah takkan berjauhan lagi dengan babah...tapi dalam masa yang sama, ummi sedih sebab akan berpisah kembali dengan family di kedah...sob..sob..sob..T_T inilah yang dinamakan adat kehidupan...

ummi akan mula bekerja pada 30 Julai...sebelum itu, ummi ada problem sedikit..ada sedikit daging keluar dan menyebabkan ummi sakit bila bergerak. lagi2 time sujud masa solat, pedih terasa. ummi pi klinik dekat kampung ni dan minta doktor tengokkan. doktor cakap itu adalah isi lebih, dia tak berani nak buang takut bleeding lagi. lepas jumpa doktor tu, terasa lagi sakit dan berdarah sedikit. doktor suruh pergi ke hospital untuk buang, dan katanya perlu jahit semula...adoiii part yang paling menggerunkan ummi...

selepas itu, ummi bawa Mawaddah ke klinik kesihatan untuk cucuk. ummi minta tangguh sebab hari sabtu kami akan berjalan jauh. ummi risau takut Mawaddah demam nanti. atok bawa kami ke klinik. Mawaddah sangat baik..masa pegi tu Mawaddah tengah tidoq. masa nak cucuk, ummi kejutkan sampai dia bangun. then kena cucuk, anak ummi nanges kejap saja...terus sambung tidoq..Alhamdulillah, dia tak demam...

masa ni dah puasa..ummi sambut puasa bersama keluarga di kampung, tanpa babah...huhu sedih juga sebenarnya..tapi hari Jumaat tu, babah balik...kami berbuka bersama di kampung..beramai-ramai dengan MamaAziah & family serta pakngah & family...seronok dapat jumpa Damia..

sabtu pagi, kami bertolak pulang...bye2 atok, onni, acu dan semua..terima kasih jaga ummi dan Mawaddah selama 2 bulan ni..hanya Allah dapat membalas jasa semua. kami pulang ke Sabak Bernam dulu. bawa Mawaddah jumpa mbah lanang & mbah widok...semua nak jumpa dia..

ok ummi sambung next entry -- Mawaddah melapor diri
----------------------
Salam Sayang,

No comments:

Post a Comment