AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

27 January 2012

Monthly Checkup 5 Months

Bismillah...

semalam, saya ditemani incik suami tersayang ke Klinik Kesihatan untuk monthly checkup..ada juga teman untuk saya berborak sepanjang menunggu 2 jam di sana..terima kasih abang..kebetulan abang cuti sekolah, itu yang dapat temankan....saya dah genap 5 bulan..Alhamdulillah...

semalam cek, semuanya normal...BP, HB, ok...tiada masalah...cuma saya luahkan apa yang terjadi pada last checkup..rupanya, masa nurse tu cakap HB rendah, itu bukan result saya...orang lain yang punya...huhuhu...saya terfikirkan orang tersebut, adakah dia mengambil 2x iron tablet? hopefully kandungan orang tu selamat...amin..amin...

sekarang ni, saya berdoa agar semuanya selamat...semoga Allah permudahkan segalanya sehingga kelahiran bayi kami...amin..amin..

eh3, lupa pulak..baby saya dah start kicking! Seronoknya pengalaman ini....aktif pulak tu..hehehe..terima kasih sayang!! terima kasih Allah...

P/S: nanti saya ceritakan pula mengenai cuti CNY baru2 ni....heheheh
----------------------
Salam Sayang,

19 January 2012

Amalan Romantik Suami Isteri

Bismillah...

Amalan Romantik Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

----------------------
Salam Sayang,

18 January 2012

Projek 1 - Plan

Bismillah...

memandangkan kandungan saya bakal mencecah 5bulan, abang pulak yang beria-ia suruh saya buat senarai barangan baby yang perlu dibeli...hehe..saya? buat biasa aja...katanya dah senaraikan, boleh la beli sikit2...betul jugak eh...kami ni pun hidup biasa2 aja...duit pon byk kena guna untuk keperluan lain...

jadi saya buatlah senarai barang untuk baby dan juga barang saya...ape eh barang keperluan saya? yang penting kain batik kena beli lagi, sbb saya ada dalam 6lai camtu ja..kah3...pastu kena beli barut, stokin tebal, pad bersalin...pastu dah blurr nak beli apa lagi..hahaha...minyak urut?jamu? yang tu nanti tanya mak laa...taktau saya...^_^

masa senaraikan barang baby, segala keperluan harian, mandian, segala benda la...maklumla anak sulung, tak ada apa2 lagi, kena la beli semua...sabun, syampu, minyak rambut, minyak telon, bedak, napkin, baju (lengan panjang / lengan pendek / baju jarang2 tu), sarung kaki tangan, towel, blanket, barut, bantal, tilam...bila sampai tang barut & blanket, terus plan nak buat projek...hihihi

SAYA NAK JAHIT SENDIRI BARUT & BLANKET BABY....yeayyy!!!

balik minggu ni, nak pi cari kain dan "pinjam" mesin mak...jimat duit! semoga dipermudahkan segalanyaaa...amin..amin..

::happytakterkatadantaksabaqnakbalikkampung::
----------------------
Salam Sayang,

16 January 2012

Al-Fatihah

Bismillah....

-arwah Nur Khairunnisa Mohd Yusoff-

Pagi ini dapat berita sedih...yang membuatkan saya sedih adalah sebab saya tak tahu sahabat saya ini telah menderita sakit ini sudah lama dah..setelah dikaji dalam bulan 6, 2010...terkilan sebab saya langsung tak tahu....

Alfatihah buat Along...tiba2 teringat last jumpa dia, dia mai rumah saya di Merbok..kebetulan masa tu dia sama-sama praktikal dengan adik saya di TM Sg Petani...kami makan bersama-sama di rumah saya...tapi tak sangka pula itu adalah pertemuan terakhir kami...

saya masih terkedu dan terkejut dengan berita ini..Along meninggal pada hari Sabtu yang lalu, 14 Januari 2012...Apa yang boleh saya lakukan adalah sedekahkah Alfatihah, semoga rohnya tenang di sana..dan diletakkan bersama orang beriman...amin...amin...

::tetibasedihdenganrindupadaarwah::
----------------------
Salam Sayang,

13 January 2012

Tindak balas...

Bismillah...


Alhamdulillah...kalau ikutkan kandungan 18weeks, bayi dah cukup sifatnya...
Ya Allah, sempurnakanlah zuriat kami...amin..amin...
dan InsyaAllah Ahad ni cukup 19weeks...

semalam, saya cuba berpuasa lagi..Alhamdulillah, sempurna lagi satu hari...tetapi seperti hari Isnin yang lalu, saya sakit kepala teramat...dalam pukul 4ptg, migrain menyerang ditambah pula dengan sakit perut...abang suruh je buka tetapi saya berdoa pada Allah semoga diberi kekuatan dan kandungan saya tak ada masalah...tinggal beberapa jam saja lagi...dalam hati saya berkata "InsyaAllah anak ummi ok, ummi bukan buat benda jahat pun, ummi berpuasa, wajib bagi ummi..hutang dengan Allah kan?"..dan Alhamdulillah dpt bertahan....

lepas berbuka, kepala makin teruk berdenyut..duduk kejap berehat sambil tengok astri Oasis, dengar bacaan Yaasin oleh Ustaz Dzulkarnain sambil ikut membacanya sekali...sejuk hati dgr sbb saya suka suara Ustaz ni..lantang dan jelas..sambil2 tu usap2 perut, semoga anak ummi yang bakal lahir ni suka mengaji dan pandai mengaji Quran...dah habis bacaan Yaasin, terus mandi dan solat Maghrib...ikutkan hati dan sakit ni nak je berbaring, tapi saya dah nekad nak mengaji...Alhamdulillah dapat juga habiskan 5 mukasurat dan terus dengar azan isyak...

seusai solat Isyak, berbaring depan TV sambil tunggu abang balik dari ajar mengaji, saya terlelap...sedar masa abang kejutkan...abang tolong picitkan kepala, badan pula terasa demam...terima kasih abang...^_^ ... pastu abang bercakap dengan baby kat perut ni "anak abi sihat tak?jangan nakal2 yer, ummi tak sihat ni...ummi puasa tadi, sian ummi..." lepas je habis abang cakap, terus perut ni mengeras...kami sama-sama tersenyum..."eh, anak kita respon la...pandai dia..."

senyum kegembiraan...Terima Kasih Allah atas nikmat yang diberi....
:::senyumtakperlukataapaapa:::
----------------------
Salam Sayang,

12 January 2012

Albi Nadak (Seruan Hatiku) - love dis song


Bismillah.....

memang lagu ni ditujukan khas untuk manusia...lirik2nya memuji manusia..tapi bagi saya, tak salah kalau ditujukan buat yang layak menerimanya iaitu Sang Isteri...abang suka nyanyikan lagu ini..saya suka dengar sebab bait2 lirik dia ada sikit yang saya faham...tapi ingatlah bahawa Allah SWT yang Maha Agung...

semoga ikatan kasih sayang kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami...dan senantiasa di bawah naungan dan redho Allah swt...
----------------------
Salam Sayang,

10 January 2012

Puasa...

Bismillah...

semalam saya nekad untuk mula puasa ganti...yer la puasa ganti yang lepas ada 9 hari + puasa nazar 7 hari...total 16 hari...ALhamdulillah, semalam selamat puasa 1 hari..syukur Alhamdulillah kerana Allah memberi kekuatan pada saya...

dan hari ini saya tidak berpuasa...niat di hati nak terus puasa tapi macam tak berdaya...takpelah, saya akan istiqamah untuk puasa 2hari seminggu...InsyaAllah, dalam 8minggu, complete lah hutang puasa saya dengan Allah...amin....

semalam, abang masakkan gulai ikan...berselera saya makan...mekaseh abang...sedap sangat! tak tipu! makan nasi habis licin...jadinya saya nak mula boleh makan pelbagai masakan...Alhamdulillah....lepas solat Maghrib, mengaji Quran dan saya cuba baring kejap..sebab kepala saya sakit sangat2...last2 tertidur sampai abang balik drpd ajar mengaji...

dan sampai sekarang, kepala ini masih berdenyut2...sebab tu ambil keputusan takmau ambil risiko dengan puasa lagi hari ini...khamis ni cuba puasa semulaa

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan....amin
----------------------
Salam Sayang,

09 January 2012

tiba-tiba...

Bismillah...

Tiba-tiba saya teringat biskut Famous Amos ni....sob...sob...dah la saya start berpuasa ganti hari ni..memang menggoda betul laaa...ini kes hari Sabtu lepas saya gi Alamanda sebab mengidam teringin nak makan Nasi Kerabu di Foodcourt RASA kat Alamanda tu la...(ingat masa study kat UNITEN, suka makan nasi kerabu kat situ)

masa jalan-jalan nak pi solat kat surau, tetiba lalu tepi Famous Amos ni...lepas solat terus beli...mahal seyh rega dia...uwaaa..T__T tapi pueh hati dapat makan...100g = RM8.90...ciput jer dapat..

tadi hubby call, dia tanya puasa ka? yerla bang, ayang puasa...kena kuat juga, kalo tak, tak berganti puasa ni nanti...huhu...

Abg : "ayang nak makan apa?abang tapaukan..."
Saya : "ayang nak biskut Famous Amos..." (dalam nada berbisik pelan-pelan).
Abg : "nak kena pi Putrajaya la..xdak kat tempat len ka?"
Saya : :xtau la abang...eh ayang gurau ja..ermmmm xtau nak makan apa..."
Abg : "nanti dah pk nak makan apa, habaq la..abg pi beli.."

::senyum:: dalam hati ni meronta-ronta nak biskut tu!!hahahaha...kesian kat abg sebenaqnya kena pi Alamanda semata2 nak beli biskut rm8.90 tu...
----------------------
Salam Sayang,

Bad News

Bismillah....

I got a bad news from my boss just now...feel so down and i feel wanna quit from my job!uwaaaaa...i need to transfer to HQ at Seri Kembangan...oh no...i feel so happy to be at Bangi outlet..i dont want to be there at HQ...

dont want
dont want
Oh Allah, please gimme the strength....

::so sad...very very sad::
----------------------
Salam Sayang,

06 January 2012

Baby mula nak bergerak -- 17weeks

Bismillah....

sejak usia kandungan saya genap 17w, perut saya ni asyik2 mengeras je..macam ada orang tolak dari dalam..sampai rasa nak terkuc**...ahakss..

adakah ia tandanya baby dah mula nak bergerak dalam rahim saya? saya memula tu agak cuak la jugak (sebab 1st time kan)..bukan apa, terkejut berok la jugak..haha...ingatkan sakit perut tapi bukan..

bila rasa mengeras camtu, saya akan pegang perut (memang rasa keras di kawasan tu), then saya akan usap2 perut saya tu sambil bercakap2 dengan baby..."anak ummi dah besar yer? dah nak gerak yer?nak main2 dengan ummi eh..." bahagia rasanya...lepas beberapa saat, ok balik...

sampai ke hari ni, dah nak masuk 18w, kejap2 akan rasa...Syukur Ya Allah...

Ya Allah
berikanlah kesihatan yang baik kepada kandunganku
jadikanlah ia anak yang soleh/solehah...
amin...

*tak sabaq nak pi scan bila 5mo nanti...apa yer jantina bayiku? tak kisah janji dia selamat....^_^
----------------------
Salam Sayang,

Merajuk ketika mengandung

Bismillah...

saja nak tulis kat sini sebab inilah pengalaman yang tak dapat saya lupakan...sejak kebelakangan ni, saya kuat sangat terasa..sensitif la katakan...salah sikit je (kecik cam semut tu) dah terasa..cepat je ayaq mata ni kluaq...huhu

baru ni, abang mintak saya berikan duit pada adiknya, saya tolak..dia paksa juga walaupun saya kata tak mau...sampai saya menangis...huhu..kecik je kan masalahnya...lawak pun ada rasanya..saya nak tergelak bila abang cakap "sensitifnya isteri abang sekarang ni...." heehe..kan? cam teruk melampau tahap gaban..
----------------------
Salam Sayang,

04 January 2012

New Year 2012 -- Teluk Batik

Bismillah...

minggu lepas saya pulang ke kampung suami di Sabak Bernam...kami gerak dari rumah pada hari Ahad...agak lewat jugak la sebab pagi hari tu kepala saya sakit sangat2..bangun pun dah pukul 11 pagi...masak n makan dulu, baru gerak balik...

sampai di Sg Besar dalam pukul 6 petang...abang ajak pergi ke Pantai Haji Dorani..saya on aja, lagipun tak pernah sampai ke sana...ini kes mau memujuk skali ler..hihihi.. ::saya kuat merajuk sejak mengandung ni..pantang salah sikit...:: sampai di sana, kami ke Restoran D'Muara...just order nasi goreng cendawan, kami kongsi2...mesra kan?hahaha

sebenarnya saya tak sabar nak balik, sebab bau air laut kat jeti tu sangat busuk! huk3...hidung ni tak tahan bau nyaa...lepas makan terus balik, sbb tak tahan bau busuk..balik tu singgah di Pekan Sg Besar..abang belikan baju mengandung..sehelai aja...purple gitu..tapi tak pakai lagi, tunggu perut besar baru pakai..hihihi..terus balik rumah, penat..tidur...

esoknya, abang ajak pergi Teluk Intan...nak bawa saya naik Menara Condong ::sekali je saya tgk menara tu:: tapi mak tak mau pergi..tanpa plan, mak ajak pegi Teluk Batik...semua terus bersiap pergi..bawa bekal nasi lemak...sampai Teluk Batik dalam pukul 11am...ramai juga orang..teringin nak mandi tapi tak sanggup la jadi hitam..hahaha..lama kami duduk2 di situ sampai tertidur...nyaman je rasa..mcam tak mau balik...

saya dan abang ambil peluang jalan2 berdua...romantika de amour...haha..jalan2 pegang tangan, bergurau senda..auuww..terasa macam kapel plak...bergambar-gambar...pastu penat jalan, pi balik kat mak and bapak...lepas dah makan, kami gerak balik...sebelum tu beli dudlu jajan dan t-shirt...hehe..::menghabehkan duet aja beli baju::

balik tu pergi Teluk Intan..dapat tengok lagi menara, tapi tak dapat naik...menara tutup...jalan2 billion, pastu gerak balik...balik singgah billion Sabak Bernam pulak, si anip nak cari peralatan sekolah...huhu

sampai rumah masing2 penat, mak masak sup ketam...banyak saya makan...tak masak pon sbb penat sangat...

sekarang cepat penat kalau duduk lama2 dalam kereta...fullstop! jom layan gambar...



----------------------
Salam Sayang,

Monthly Checkup..4mo

Bismillah...

pada hari Khamis yang lalu, saya pergi sekali lagi checkup pada bulan 12..hehe..sepatutnya check up saya pada 5 januari 2012, terpaksa diawalkan kerana kakak office ada training, jadi saya perlu jaga kedai sorang-sorang...

saya ambil cuti pada hari khamis tu..sebabnya saya ke klinik gigi dahulu kerana tampalan pada gigi hadapan saya sudah tertanggal...inilah akibatnya saya kurang ambil kalsium..makan pun tak seberapa...semua zat yang ada pada saya telah diambil oleh si kecil dalam rahimku ini...hihihi..takpelah wahai anakku, janji kamu sihat-sihat aja...ummi tak kisah... ::semua gigi dah rasa jarang-jarang..sob..sob::

sampai di klinik gigi dalam pukul 10 pagi...tapi Alhamdulillah, ibu mengandung diberi kelonggaran untuk masuk dahulu...trimas3! tapi lama juga la tunggu sebab kad rekod saya nurse cari tidak jumpa...hihiihi...

dah settle gigi, turun bawah ambil nombor untuk pregnen check up pula...mak ai ramainya...hihi..tapi kali ni saya datang seorang..suami sudah bekerja..bosannya duduk melangut sorang-sorang...takde orang nak bual...kejap-kejap main bowling kat henset ni..pastu stop, pastu main balik...pastu tengok orang..pastu mesej abang cakap "sedihnya tengok orang lain mai dengan suami depa"...huhu...tu tandanya bosan tahap cipan dah tu...abang balas "sabar ye...bukan abang sengaja takmau temankan"...hehehe..kesian juga dia dekat isterinya ni..

dalam pukul 1, baru nombor dipanggil...erm, masuk2 selepas bertegur sapa nurse terus bersuara:

Nurse : Puan makan ubat apa yer sekarang?
Saya : eermm, saya just makan obimin jela..kenapa?
Nurse : eh, tak dapat ubat ke masa datang last check up?
Saya : tak dapat pun..sebab masa tu asid folic saya ada lagi...saya cakap pada doc yang saya makan obimin
Nurse : ishhh...HB puan rendah ni..10 je..puan kena makan ion dan obimin..kena ambil extra ion tau...bahaya kalau tak ambil
Saya : ::terkejut::eh, last check up, mana ada ambil darah...ambil darah masa 1st check up tu je...HB saya 12.2 nurse td tu cakap...cek macam mana?
Nurse : erm kita agak jer...nak cek harini, mesin kita rosak...
Saya : ::terpinga-pinga::


boleh pula main agak2 je...buat orang risau tak tentu hala..tapi yg peliknya, dari mana mainya result ujian darah tu?pelik sunggoh....huhu..pape pon, semoga bayi dalam kandunganku selamat..amin...amin....balik rumah terus tidur sbb penat sangat...

Next Check Up = 26 Januari 2012
----------------------
Salam Sayang,