AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

15 May 2014

Throwback Cuti Wesak Day


Hari Selasa baru ni merupakan Cuti Hari Wesak. Jadi, kami ambil peluang ini untuk pergi jalan-jalan. Mula mula tidak tahu hendak ke mana, jadi ummi cadangkan untuk pergi ke pantai. Teringin mandi sebenarnya tapi disebabkan sudah lewat, kami pergi ambil angin aje la.



Kami sampai di Teluk Kemang pukul 1.30pm selepas solat Zuhur di hentian. Kami hanya jalan-jalan ambil angin di tepi pantai tersebut. Ramai juga orang di sana. Nyaman sekali dapat pergi ke pantai. Nikmati ciptaan Allah Ta'ala. Selepas itu, kami ke gerai berhampiran minum Coconut Shake dan laksa. Nasib baik hanya order 1 mangkuk sahaja. Sampai giliran saya nak makan, alangkah terkejut sampai rasa meloya sebab ternampak seketul telur lalat. huhuhu...nasib kurang baik

Kami tidak habiskan laksa tersebut sebab saya dah rasa meloya sangat. Jadi ajak suami beredar dari situ. Semeasa membayar, kami beritahu adik gerai tentang hal itu tapi dia hanya senyum. Kami ingatkan tidak perlu membayar harga laksa tersebut memandangkan kami hanya makan tidak sampai separuh. Tetapi, tak apa lah. ANggap itu sedekah buat mereka. Yang penting, dia meminta maaf akan perihal itu.

Kemudian, kami gerak pulang. Kami terus ke rumah kakak untuk memberi ubat-ubatan mak untuk dibawa pulang ke kampung. Kami tumpang solat asar di situ dan teruskan aktiviti cuti ini menuju ke Ampang Bowling Center Kajang, Metro Point. Bawa Anang bersama, sebab incik suami mahu membelanja adiknya bermain bowling.


Seronok rupanya main di situ. Lagi seronok daripada The Mines. Takpe, esok-esok pergi main situ lagi. Game pertama, saya dan Anang seri, 96 pin. Game kedua saya kecundang sebab tangan saya sakit sangat. Tak tahulah kenapa. Dah habis main, kami pulang semula ke rumah kakak, hantar Anang dan Balkis. Kami solat Maghrib then terus pulang. Sebelum itu, kami ke Sek3 untuk membeli Roti Pisang yang sudah lama kepingin makan. Lama sudah tak makan roti pisang. Nikmatnya dapat makan. Alhamdulillah...

Sampai rumah, masing-masing penat. Penat teramat sangat terutama dua orang puteri kesayangan ummi ni. Awal kami tidur malam tu.

Terima kasih abang, sebab luangkan masa bersama. Saat terindah ini sentiasa mekar di ingatan. Ummi suka sebab dapat bahagiakan anak-anak ummi.

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment