Salam Alayk
Alhamdulillah,bermula tahun ini, saya sudah nekad untuk hadir menyertai SGM anjuran company saya. dan sangat gembira kerana abang juga memberi support dan hadir bersama2 untuk menimba ilmu tentang penyusuan susu ibu ini.
Saya perlu menyediakan tempat untuk SGM tersebut. dan juga menguruskan tentang bahan-bahan semasa perbincangan. dan yang paling penting ialah mengambil gambar untuk dimasukkan dalam berita di SusuIbu.Com
Pada akhirnya, saya perlu mendengar pembentangan semua kumpulan dan perlu mencatit isi-isi penting sebagai rumusan tentang topik yang dibincangkan.
====================================================
Rumusan daripada topik ini "The Benefits of Human Milk - Why Breastfeed your Baby?" - "Kebaikan Susu Ibu - Mengapa menyusukan anak anda?"
1. Hubungan ibu dan anak semakin erat dan jika dibandingkan dengan anak-anak yang hanya mendapat susu formula. Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan menigkatkan hubungan kasih saying antara ibu dan anak.
2. Penyusuan susu ibu adalah lumrah kehidupan di mana ia merupakan tanggungjawab para ibu untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka demi kebaikan dan kesihatan mereka. Susu ibu juga merupakan hak anak itu sendiri yang patut kita berikan.
3. Susu ibu adalah Free Of Charge (FOC) atau percuma. Jadi ibu bapa dapat menjimatkan kos pembelian susu formula yang terlalu mahal harganya di pasaran masa kini.
4. Susu ibu mudah diperolehi walau di mana sahaja ibu dan anak berada. Ia juga tidak mudah tercemar jika dibandingkan dnegan cara penyusuan yang lain.
5. Antara kebaikan susu ibu untuk anak-anak ialah:
a. Antibodi anak lebih kuat
b. Membantu proses perkembangan otak dalam meningkatkan kecerdikan anak-anak
c. Jika anak mengalami jaundis/demam kuning – susuibu dapat membantu mempercepatkan pengeluaran bilirubin melalui pembuangan najis
6. Antara kebaikan kepada ibu itu sendiri ialah:
a. Mempercepatkan proses pengecutan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal serta membantu mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
b. Penyusuan susu ibu juga membantu mengurangkan berat badan di mana setiap kali menyusukan anak, sebanyak 500 kalori di dalam badan ibu akan dibakar. Jadi tidak mustahil bagi ibu-ibu yang menyusui anak akan mendapat berat badan yang ideal atau sama sebelum dia mengandung.
c. Penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan risiko mendapatkan kanser payudara
7. Penyusuan susu ibu juga dapat membantu menjarakkan kehamilan jika ibu mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
8. Masa yang ada lebih terurus kerana ibu dan bapa tidak perlu lagi untuk bangun malam menyediakan susu lain kerana anak boleh menyusu terus daripada ibunya.

So, enjoy this pics!! ^_^
baju official Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) - saya menumpang jugak walaupun tak habes 1 module..ngeeeeeeeee
dengan anak boss saya, Kak Wi..next SGM mai lagi oke..^_^
----------------------
Hugs,
Hugs,
No comments:
Post a Comment