AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

23 January 2011

Walimah di Sabak Bernam || 5 Disember 2010



Pada 5 Disember 2010, saya dan suami diraikan lagi dalam majlis "Menyambut Menantu" di rumah suami saya. Saya dan suami bergerak pada awal pagi tersebut dari kediaman kami di Bangi. Kami tiba di Sabak pada jam 9.30 pagi. Kemudian, saya dan suami pergi make up di butik pengantin berhampiran.



Keluarga saya semuanya bertolak dari rumah abang ipar saya di Bagan Datoh. Dan ada juga yang bertolak dari rumah abang saya di Malim Nawar, dan tak lupa juga dari Bukit Beruntung. Kami kemudian berkumpul di Masjid BNO, berdekatan dengan rumah suami saya.

Saya dan suami mempersiapkan diri dengan Busan berwarna Ungu Pink Belacan. Warna tersebut menjadi kesukaan suami saya. Setelah siap, kami sama-sama bergerak ke rumah suami. Kami hadir dengan 6 buah kereta semuanya. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara yang sudi hadir meraikan kami berdua sekali lagi.

Hati ini berdebar-debar walaupun kami sudah seminggu bergelar suami isteri. Iye lah, semua mata tertumpu pada kami berdua. Alhamdulillah, hari tersebut cerah dan tak hujan seperti hari sebelumnya. Kami dihidangkan dengan masakan Jawa, memandangkan suami saya orang jawa..hehe..

Dan hati ini sangat gembira menerima kunjungan boss saya, Kak Kamariah serta keluarganya. Terima kasih tak terhingga kerana sampai juga ke walimah kami berdua. Dan yang paling gembira kehadiran teman-teman seperjuangan di UNITEN, Ila, Nisa, Jijot, Yang dan Joe. Terima kasih kawan-kawan.

Setelah selesai, keluarga serta saudara mara meminta izin untuk pulang. Walaupun sedih tetapi sangat bersyukur kerana semuanya telah berjalan dengan lancar, dengan keizinan Allah swt..Terima kasih kepada kedua-dua keluarga saya kerana telah menyempurnakan majlis kami dengan lancar dan sempurna.

Lets Pictures tell the story


bersiap sendiri di Masjid BNO

majlis diiringi marhaban oleh adik-adik di atas


kesemua 5 beradik perempuan dalam family saya..love you all


teman UNITEN..thanks a lot for coming...


abaikan saya yg mengangkat kain terlalu tinggi...oouuhh terlebih suda ^_^


bersama org yg merajuk sbb xdak gmbq ngn dia...my bro..hehe


wif mak & abah..miz you and love both of you...thanks a lot for everything
----------------------
Hugs,

2 comments:

  1. semoga kami bahagia di dunia dan Akhirat..I.Allah..luv u syg..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah...sama2 kita menjadikan ikatan kita sebagai sesuatu yang paling berharga...luv u too

    ReplyDelete