Selepas kami selamat diijab qabulkan, saya dan suami terus bergegas ke Busana untuk menukar persalinan serta make up..Persalinan merah pilihan saya, sangat kami sukai. Suami saya sangat kacak dan segak berbusana merah cili..
Dalam pukul 1.00 tengahari, saya tiba di rumah. Serasa sangat berdebar dan gementar melihat kelibat tetamu yang hadir memenuhi khemah jamuan. Saya mengikut pintu belakang, dan ketika itu sempat diusik oleh mentara-mentara yang sedang mencuci pinggan di belakang.
Selepas melangkah masuk ke rumah, kelibat saudara mara yang jauh dan dekat dapat diperhatikan.Alangkah gembira kerana mereka sudi hadir meraikan hari bahagia saya dan suami. Dan paling terkejut melihat kelibat tiga orang sahabat sekolah, Irna, Mira dan Nasirah (juga bakal mendirikan rumahtangga pada Disember). Irna, sahabat baik ketika di sekolah rendah, dan kami sudah terpisah terlalu lama setelah tamatnya alam persekolahan. Alangkah terharunya melihat dia dapat hadir bersama.
Dan paling gembira, seorang lagi teman persekolahan sejak sekolah rendah turut hadir. Safiah, teman rapatku ketika di sekolah rendah. Keluarganya juga datang..terima kasih semua.
Dalam pukul 1.30 tengahari, suami saya serta keluarga baru saya tiba di rumah. Kami diarak dan makan beradab bersama-sama. Seusai makan, kami diminta masuk ke dalam rumah untuk bergambar di atas pelamin yang telah disediakan..Perasaan...erm hanya Allah yang tahu..malu pon ada, berdebar-deabr pon ada..yelah, macam-macam gaya kami perlu lakukan..tapi semua itu adalah kenangan yang paling indah.
Setelah bergambar, keluarga suami saya sudah hendak pulang. Ye la, jauh nak tiba di sana..Sabak Bernam..kami bersalam-salaman. Pelbagai nasihat diberikan oleh saudara mara suami saya..InsyaAllah, semoga semuanya diredhoi Allah dan rumahtangga yang baru dibina ini kekal hingga akhir hayat.
Lets the pictures tell the story
Setelah bergambar, keluarga suami saya sudah hendak pulang. Ye la, jauh nak tiba di sana..Sabak Bernam..kami bersalam-salaman. Pelbagai nasihat diberikan oleh saudara mara suami saya..InsyaAllah, semoga semuanya diredhoi Allah dan rumahtangga yang baru dibina ini kekal hingga akhir hayat.
Lets the pictures tell the story
No comments:
Post a Comment