AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

17 July 2014

Baju Raya Anak


Tahun lepas, Beraya bertiga. Masa tu Adik Madihah masih dalam pertu ummi. Tahun ni beraya berempat pulak. Jadi, Ummi nekad nak jahit sendiri baju raya anak. Baju ummi & babah beli kat kedai..ngehehhe

yerla, baju budak kecik pun sama harga dengan baju dewasa. acaner tu? Parok la nak beli untuk dua puteri ni. bukan ummi kedekut atau takde duit, but, baju anak-anak ni pakai sekejap saja. Jadi, baik ummi jahit sendiri. 

Tadi dah siap potong dah. Esok, boleh hantar jahit tepi kat kedai. Isnin depan ambil dan boleh terus siapkan. Tak sabar nak tengok outcome baju tu. Actually ummi design dress untuk puteri ummi ni. Hope menjadi..

Last yer buat Abaya untuk Mawaddah. Boleh lah tapi tak berapa nak kemas. hihihi

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

16 July 2014

Ramadhan 18

Alhamdulillah...

Hari ni Allah masih beri peluang untuk menghirup udara di bumi ini. Hari ini merupakan hari ke 18 Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu. 

Dan tahun ini, buat pertama kali saya belum menjejakkan kaki ke PaRam (Pasar Ramadhan). Macam tak percaya pula. Sebenarnya, saya risaukan tahap kebersihan makanan yang dijual. huhu... Jadi bila perlu masak setiap hari, maka hari-hari akan ada masalah untuk memikirkan menu yang bakal dimasak. inilah perempuan, sampai nak masak pun pikir sampai rasa pening kepala. bila ditanya pada incik suami, katanya masaklah apapun sayang. huhuhu...bila dia rasa nak makan sesuatu, baru dia request. Bila incik suami request, senang sikit halatuju nak bersilat di dapur petang karang..kan3?

Bari ni jer sekali rehat memasak. Suami belanja makan Domino's Pizza. Ohya, Hujung minggu lepas pun rehat jugak memasak sebab balik kampung. Mak masakkan untuk kami. hihihi...minggu ni lagi sekali balik kampung Sabak. Dan next week dah balik ke kedah. 

Jiran saya selang 2 pintu buat Kuih Akok dan dijual di bazaar. Sepanjang puasa ni, memang tergoda dengan haruman kuih tu. Masa minggu pertama, incik suami pun gemar beli di bazaar Jalan Reko tu. Jiran berniaga di sana. 3 hari berturut suami beli. Then, lepas balik solat Jumaat, terus suami "banned" tak mahu beli lagi. Suami pembuat akok tu serta pekerja lelaki yang lain semuanya tidak pergi Solat Jumaat. Dan satu hari saya ternampak si isteri memecahkan telur terus dari bekas telur. Nampak sangat telur itu tidak dibasuh terlebih dahulu. 

Saya bukan mahu menceritakan keburukan orang tetapi kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih. Jadi, kami tidak lagi membeli kuih akok itu sebab tahu cara ia dibuat.


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

10 July 2014

Pray for Gaza Palestin

Allah...Allah...Allahuakbar

Ya Allah, selamatkanlah saudara kami di Gaza, Palestin.
Ya Allah, jahanamkanlah puak zionis
Ya Allah, turunkanlah bala kepada tentera Israel laknatullah

Sayu hati ini, meruntum jiwa tatkala melihat gambar anak-anak kecil yang tidak berdosa, syahid. Mereka merupakan penghuni yang menghiasi syurgaMu Ya Rabbi. 

Pejuang Islam, tersenyum kerana syurga buat mereka. Allah...Allah

Bantulah mereka Ya Allah...Bantulah mereka. Di kejauhan ini, hanya doa dan sumbangan yang mampu disampaikan buat mereka di sana. 





AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Mawaddah, Model tudung Si Kecil


Alhamdulillah...

Mawaddah sekarang lebih gemar bertudung kalau ke mana-mana. Bila dah sedia nak keluar, bila ummi atau babah tanya tudung dia akan cari. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan nak ajar dia bertudung. Sebab semasa dia berumur setahun, langsung tak mahu letakkan apa-apa di kepalanya. 

Ummi mula ajar masa ummi di kampung bulan 4. Babah ada nyatakan kat ummi, "Macam mana eh nak ajar Mawaddah pakai tudung? Anak kawan abang baya dia semua pakai tudung." Saya balas pada suami "Takpelah bang, nanti ayang ajar dia yer. Cuba belikan tudung satu untuk dia"

Masa mula ummi pakaikan kat dia, dia refuse. Sebenarnya, Mawaddah ni dah macam tahu makna "CANTIK". Bila ummi ikatkan rambut dia, dia mesti tengok cermin dan sengih-sengih. Ummi akan cakap " Sayang cantik. Cantik kan?" Dia akan senyum seakan memahami makna CANTIK itu. Jadi, bila ummi pakaikan tudung, ummi pegang tangan dia dan bawa dia depan cermin, ummi cakap "Sayang cantik. Cantik tak?" Dia senyum dan dia pun cakap "Tik tak?"...hihi

Dan sejak dari itu, dia memang suka pakai tudung. Bila dah bersiap pakai baju nak keluar, dia akn pergi pada babah, dan cakap "Tik tak?"...so cute! hihihi

Ini tudung baru CikMa belikan untuk Mawaddah. Terima kasih CikMa.


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

03 July 2014

Puasa dan Wanita Hamil



Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia. Dengan keberkatan dan pahala yang bakal kita perolehi membuatkan kita ingin mendapatkan puasa penuh. Mungkin tiada masalah bagi lelaki dan wanita biasa. Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Kebanyakan para ulama' telah bersependapat bahawa TIDAK BOLEH BERPUASA, sekiranya ibu bimbangkan bayi di dalam kandungannya yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.


Menurut Dr Zubaidi, jika terdapat tanda-tanda berikut, wanita hamil boleh berbuka puasa seperti :
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidrasi berlaku, wanita hamil akan berasa sangat lemah dan membahayakan dirinya dan bayi.
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu, dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali. Bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada ketika itu bayi akan mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi memerlukan nutrien.
  • Rasa sakit perut yang memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat dibekalkan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.
Menurutnya lagi, untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam rahim, ada beberapa tip yang boleh diamalkan.


Tips pemakanan wanita hamil :
  1. Minumlah air yang banyak ketika sahur dan berbuka bagi mengurangkan dehidrasi.
  2. Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacangketika berbuka.
  3. Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu, ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya untuk seketika.
  4. Makan makanan yang banyak protein seperti daging dan telur.
Keletihan juga boleh dielakkan seperti berikut :
  • Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya
  • Elakkan berjalan jauh atau membawa barang berat
  • Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ia akan mempercepatkan dehidrasi
  • Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami lakukannya
  • Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan membaca AlQuran
Jadi, ibu hamil perlu mengambil berat tentang kesihatan dirinya dan bayi. Jika rasa tidak mampu untuk meneruskan puasa pada hari tersebut, berbukalah.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

"dan janganlah kamu membunuh dirimu" (al-Nisa' 4:29)

"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:195)

Untuk artikel penuh oleh Dr Zubaidi ini, boleh layari http://drzubaidi.com/blog/adakah-selamat-bagi-wanita-hamil-untuk-berpuasa/


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Popia Goreng Mudah dan Sedap

Popia Goreng Sedap..hihih

Alhamdulillah...

Puasa ketiga, masih tidak ke bazar ramadhan. Jimat, buat sendiri lagi sihat kan? Incik suami minta buatkan popia goreng. Dia belika kulit popia sebab nak makan katanya. Okay, cik isteri pun gigih la mencari resepi popia goreng yang sedap. Sedap, Mudah dan Rangup wooo...hihi. Serius rasa nak buat lagi esok! hahaha

Bahan inti :
1 batang lobak (disagat)
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit udang kering (5-6 ekor)
Udang  (potong kecil)
Sosej (potong kecil)
Garam
Gula
Minyak masak
Kulit Popia

Cara :
  1. Tumis bahan yang dikisar (bawang putih, bawang besar, udang kering, gula, garam, air) sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan sosej. Biar sehingga masak.
  3. Masukkan lobak dan biar lembut sedikit. Jangan terlalu lembut. Sehingga kering.
  4. Sejukkan sebentar. Letakkan inti atas kulit popia dan gulung.
  5. Sedia untuk digoreng. Nyum!!!
Serius sedap! Sebab ada udang kering tu...hihihihihi...
AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

Cara Solat Terawih Sendirian

Kita wanita sering timbul di benak adakah solat kita betul atau tidak kan? Niat di hati hendak ke surau atau masjid untuk solat berjemaah, tetapi memandangkan mempunyai anak-anak yang masih kecil, niat tersebut terpaksa ditangguhkan. "tunggulah anak besar sedikit nanti boleh bawa mereka bersama".

Sesetengah orang tiada masalah untuk membawa anak kecil mereka solat berjemaah bersama. Saya pula takut mengganggu jemaah lain. Anak yang masih kecil belum mengerti apa-apa lagi. Lapar, dahaga tidak mengira masa dan tempat. Jadi itu juga saya pertimbangkan.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk solat sendirian di rumah sahaja. Kepada ibu-ibu lain yang mengalami situasi sama seperti saya, jom kita baca info mengenai solat terawih sendirian ini. Moga bermanfaat dan diamalkan sebaik mungkin. Semoga amalan kita ini dipandang dan diterima oleh Allah swt. InsyaAllah....


Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.


Oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

02 July 2014

Murtabak Daging Kulit Popia

Sumber : Mr Google

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke4 Ramadhan. Maknanya dah 4 hari kita berpuasa. Letih? Lesu? Tiada lagi dalam kamus puasa kali ini. Syukur dipertemukan dengan produk hebat Shaklee ini. Alhamdulillah...Apa yang saya ambil waktu sahur? Tentulah Set Mighty 3 Gem yang mengandungi ESP, Performance Drink dan Meal Shakes. Saya juga ambil vitamin lain seperti Vitamin C, B Complex dan juga Vitamin E untuk memulihkan kulit wajah saya. Saya ingin tampil berseri di hari raya nanti...

Sebenarnya, saya nak berkongsi juadah berbuka hari ini. Saya buatkan Murtabak Daging Kulit Popia. Okay di sini saya kongsikan resepinya. Saya main campak-campak jer ni. hehehe

Bahan inti :
200g daging kisar
2 biji kentang
1 1/2 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dengan air)
1 ulas bawang putih (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 biji telur
Garam
Gula
Air
Daun Sup

Cara :
  1. Tumiskan bawang sehingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Biarkan daging masak sempurna.
  4. Kemudian, masukkan kentang dan perasa. Biarkan sehingga kentang lembut. Boleh tambah air sehingga kentang tersebut lembut sepenuhnya.
  5. Pukul 2 biji telur. Masukkan inti yang telah siap ke dalam telur dan kacau sebati.
  6. biarkan sejuk seketika, kemudian boleh balut menggunakan kulit popia.
  7. Masak dengan sedikit minyak, dan sedia dihidang.
Menu yang simple dan senang dibuat. Jadi, tidak ada masalah memikirkan telur yang peniaga murtabak guna tu basuh ke tidak. Buat sendiri sah-sah la kita basuh kan. Selamat mencuba!


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

134 Soal Jawab Tentang Puasa dan Hari Raya Aidilfitri (Ustaz Azhar Idrus)

1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?
Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?
Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?
Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?
Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?
Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.
Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?
Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?
Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?
Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.

12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?
Masjid.

13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?
Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.

14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?
Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.

15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?
Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.

16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?
Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?
Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.

18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?
Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?

19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?
Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.

20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?
Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.

21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?
Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?
Kena niat puasa ganti baru dikira.

23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?
Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.

24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?
Harus dan dapat pahala.

25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?
Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?
Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.

27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?
Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.

28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.
Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.

29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?
Paling sedikit 8 rakaat.

30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?
Tak batal.

31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?
Tak batal.

32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?
Qadha puasa sahaja.

33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?
Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.

34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?
Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?
Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.

36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?
Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.

37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?
Tak batal melainkan ditelannya baru batal.

38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?
Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?
Boleh buat.

40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?
Boleh.

41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?
Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?
Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..

43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?
Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.

44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?
Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.

45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?
Makruh.

46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?
Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?
tidak benar.

48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?
Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.

49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?
Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.

50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?
Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?
Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.

52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?
Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?
Berbuka.

54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?
Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.

55.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?
Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.

56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?
Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.

57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?
Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.

58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?
Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.

59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?
Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.

60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?
-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.
-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.
-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.

61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?
Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.

62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?
Batal telan kahak dari dalam tekak.

63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?
Lebih banyak rakaat lebih afdhal.

64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?
Kurma dan air.

65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?
Sah puasa dalam keadaan junub.

66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?
Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.

67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?
Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.

68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?
Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.

69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?
Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.

70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?
Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.

71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?
Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.

72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?
Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.

73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?
Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.

74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?
Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.

75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?
Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.

76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?
Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.

77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?
Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.

78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?
Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.

79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?
Tak ganda. Kena qadha semula.

80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?
Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.

81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?
Tak batal puasa.

82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?
Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.

83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?
Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.

84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?
Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..

85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?
Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..

86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?
Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.

87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?
Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.

88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?
Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.

89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?
Ya..

90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?
Tak boleh.

91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?
Batal.

92.Apakah hukum pergi takbir raya?
Sunat.

93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?
Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.

94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?
Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.

95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?
Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.

96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?
Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..

97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?
Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..

98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?
Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.

99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.
Bida'ah tapi tidak berdosa.

100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?
Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).

101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?
Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.

102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?
Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.

103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?
Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.

104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?
yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.
Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?
Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.
Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?
Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.

105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?
Sunat Rejab dan Syaaban.

106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?
Batal jika ditelan gigi tersebut.

107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?
Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.

108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.
Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.

109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?
Makruh.

110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.
Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.

111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?
Harus.

112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?
Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.

113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?
Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.

114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?
Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.

115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?
Sah.

116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?
Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.

117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?
Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.

118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?
Harus pada syarak.

119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?
Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.

120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?
Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.

121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?
Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.

122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?
Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.

123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?
Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.

124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?
Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.

125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?
Boleh pilih.

126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?
Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.

127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?
Boleh cuma kurang afdhal.

128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?
Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.

129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?
Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.

130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?
Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.

131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?
Bayar fidyah sahaja.

132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?
Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.

133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?
Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.

134.Bagaimana gabung puasa qadha dengnn puasa sunat Isnin-Khamis?
Sesetengah ulamak kata boleh. "Sahaja aku puasa qadha Ramadhan esok hari serta sunat Isnin kerana Allah taala".


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

AWAS JIKA ANDA SERING MEMUKUL ANAK !!


Satu soalan telah diajukan;

degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?




=====================
Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.

Salam kasih - Credit to Prof Dr Rozieta Shaary
AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia