Popia Goreng Sedap..hihih
Alhamdulillah...
Puasa ketiga, masih tidak ke bazar ramadhan. Jimat, buat sendiri lagi sihat kan? Incik suami minta buatkan popia goreng. Dia belika kulit popia sebab nak makan katanya. Okay, cik isteri pun gigih la mencari resepi popia goreng yang sedap. Sedap, Mudah dan Rangup wooo...hihi. Serius rasa nak buat lagi esok! hahaha
Bahan inti :
1 batang lobak (disagat)
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit udang kering (5-6 ekor)
Udang (potong kecil)
Sosej (potong kecil)
Garam
Gula
Minyak masak
Kulit Popia
Cara :
- Tumis bahan yang dikisar (bawang putih, bawang besar, udang kering, gula, garam, air) sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan sosej. Biar sehingga masak.
- Masukkan lobak dan biar lembut sedikit. Jangan terlalu lembut. Sehingga kering.
- Sejukkan sebentar. Letakkan inti atas kulit popia dan gulung.
- Sedia untuk digoreng. Nyum!!!
Serius sedap! Sebab ada udang kering tu...hihihihihi...
AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment