AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

01 July 2014

Salam Ramadhan kareem

ALhamdulillah....

Hari ni merupakan hari ketiga berpuasa. Makanya sudah 3 Ramadhan la. Syukur pada Allah kerana memberi peluang kepada kita sebagai hambaNya yang terpilih untuk masih berada dan bertemu bulan yang teramat mulia ini. Maknanya, Allah masih sayangkan kita dan masih memberi peluang kepada kita untuk memperbanyakkan amal ibadat serta bertaubat, menginsafi dosa-dosa yang lalu.


Tahun ini merupakan tahun keempat saya berpuasa sebagai isteri dan tahun ketiga sebagai ummi. Alhamdulillah Ya Allah, atas peluang berharga ini. Puasa kali ini kami memilih untuk bersederhana ketika berbuka dan bersahur. Suami hanya ingin makan makanan yang ringan dan tidak berat seperti nasi, mee, koteaw dan sebagainya. Dia ingin cuba menguruskan badannya semula. Saya sangat setuju dan sangat menyokong impian suami saya. 

Dan ambil sedikit makanan ketika berbuka akan membantu kita untuk lebih cergas menunaikan Solat Terawih. Kalau tak, asyik mengantuk dan lemah jer sebab makan terlalu banyak atau berat, menyebabkan kita rasa seperti "ular sawa yang kekenyangan"...hihi

Ok, kepada seluruh umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramdhan yang mulia. Semoga kita sama-sama memanfaatkan bulan ini sebaik mungkin. Dan semoga segala amal ibadat serta puasa kita diterima oleh Allah swt. Amin ya Rabbal 'Alamin....


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment