AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

03 July 2014

Puasa dan Wanita Hamil



Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia. Dengan keberkatan dan pahala yang bakal kita perolehi membuatkan kita ingin mendapatkan puasa penuh. Mungkin tiada masalah bagi lelaki dan wanita biasa. Bagaimana pula dengan wanita hamil?

Kebanyakan para ulama' telah bersependapat bahawa TIDAK BOLEH BERPUASA, sekiranya ibu bimbangkan bayi di dalam kandungannya yang boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.


Menurut Dr Zubaidi, jika terdapat tanda-tanda berikut, wanita hamil boleh berbuka puasa seperti :
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 minit hingga sejam
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidrasi berlaku, wanita hamil akan berasa sangat lemah dan membahayakan dirinya dan bayi.
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu, dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali. Bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada ketika itu bayi akan mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi memerlukan nutrien.
  • Rasa sakit perut yang memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat dibekalkan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.
Menurutnya lagi, untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam rahim, ada beberapa tip yang boleh diamalkan.


Tips pemakanan wanita hamil :
  1. Minumlah air yang banyak ketika sahur dan berbuka bagi mengurangkan dehidrasi.
  2. Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacangketika berbuka.
  3. Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu, ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya untuk seketika.
  4. Makan makanan yang banyak protein seperti daging dan telur.
Keletihan juga boleh dielakkan seperti berikut :
  • Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya
  • Elakkan berjalan jauh atau membawa barang berat
  • Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ia akan mempercepatkan dehidrasi
  • Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami lakukannya
  • Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan membaca AlQuran
Jadi, ibu hamil perlu mengambil berat tentang kesihatan dirinya dan bayi. Jika rasa tidak mampu untuk meneruskan puasa pada hari tersebut, berbukalah.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

"dan janganlah kamu membunuh dirimu" (al-Nisa' 4:29)

"dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (al-Baqarah 2:195)

Untuk artikel penuh oleh Dr Zubaidi ini, boleh layari http://drzubaidi.com/blog/adakah-selamat-bagi-wanita-hamil-untuk-berpuasa/


AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment