AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

09 October 2014

24 September 2014

Pada tarikh ini, 24 September 2014 (Rabu), saya telah kehilangan seorang Nenek yang dipanggil Tok. Tok ni ibu kepada Abah saya. Tok saya sememangnya tidak dapat bangun lagi disebabkan dia terjatuh. Tulang belakangnya dah retak. Hanya mampu berbaring sahaja.

Pada minggu sebelumnya, waktu cuti sekolah, saya kira 5 hari sebelum Tok pergi, saya telah pergi menziarahi Tok. Tok masih kenal saya. Waktu saya sampai, Tok tengah muntah. Habis semua yang dia makan dikeluarkan semula. Waktu tu, sedih tengok Tok. Tok dah kurus sangat. 

Allah telah takdirkan segalanya. Saya sempat juga habiskan waktu bersama Tok ketika itu. Sempat bersembang walaupun Tok tidak dapat bercakap banyak sebabkan batuk yang teruk. Lepas Tok mandi, Tok tidur. Lepas tu kami minta izin nak balik. 

Sebelum balik tu, sempat saya salam dan cium pipi dan dahi Tok. Sebenarnya, masa tu tiba2 terdetik kat hati "Mungkin ni kali terakhir". Tak sangka, memang benar sekali. Masa hari Tok meninggal, saya tak sempat nak menatap wajah Tok buat kali terakhir. Sudah habis laju suami bawa kereta tapi segalanya sudah ditakdirkan. 

Kami sampai masa tu Tok dah dibawa ke Masjid untuk disolatkan. Sehingga ke akhir pengebumian, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan terakhir Tok. Sayang Tok.

AlFatihah buat Tok. 1923-2014

Baju dan kain batik yang Tok selalu pakai :'(

AinShaari || 019.289.9202 || Rania Bangi
COD B.B.Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya
POS ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment