AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

26 May 2011

Isteri Solehah


cuba tengok tajuk entri ni...saya tujukan khas buat semua isteri dan bakal isteri...hehe..semoga kita senantiasa istiqamah untuk menjadi isteri yang solehah buat suami atau bakal suami kita...saya juga tak lari daripada perasaan itu..

kadang-kadang kita tak perasan bahawa tingkah laku kita mungkin membuatkan suami terasa atau sebagainya..mungkin jua dalam percakapan..tetapi kita perlulah sentiasa istiqamah dalam hal sebegini..sebenarnya sangat susah untuk menjadi isteri solehah...kita perlu perbaiki diri hari demi hari yang penting, jaga keaiban suami dan rumah tangga kita...
sentiasalah memohon maaf kepada suami walaupun kita tidak melakukan kesalahan terhadapnya...kemaafan suami adalah redho Allah...tak susah untuk memohon maaf..dan kalau boleh ambillah peluang untuk solat bersama, mengaji bersama, insyaAllah kita akan lebih tenang..

saya sering bertanya kepada suami "Abang, Ayang ni isteri solehah ke untuk Abang?". dan suami selalu jawab "Iyer..Ayang isteri Abang yang solehah..."..tapi sering saya ungkapkan "Abang, bantu Ayang eh untuk jadi isteri solehah buat Abang...Ayang nak jadi isteri solehah..nak masuk syurga dengan Abang..."

dan kekadang bila saya mahu merajuk dan palingkan muka daripada melihat suami, dia akan cakap ni "Ayang, isteri solehah tak paling muka daripada suami dia..."..suami perlu membantu isteri untuk menjadi isteri solehah..biasalah perempuan kan mempunyai pelbagai perasaan..kadang-kadang benda kecil pun dibesarkan..so, tugas suami ialah membantu si isteri tadi untuk ke arah yang lebih baik...betul tak?

oklah, semoga Allah memudahkan kita untuk memegang title "Isteri Solehah" buat suami kita..dan sama-sama kita masuk ke syurga bersama suami...saya nak dedikasikan lagu Isteri Solehah nyanyian The Zikr..sedap sangat lagu ni...saya suka..

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

P/S : tak sabar nak pergi ambil Abang kat JPS, Shah Alam petang ni..rindu sesangat...
----------------------
Hugs,

2 comments:

  1. lagu ni shaye dgr mase attend kursus kawen..sedih plak wwwuuuuuu

    ReplyDelete
  2. hehe...best kan lagu ni?hehehhe

    ReplyDelete