AWRA Foundation BEBAS SILIKON

AWRA Foundation BEBAS SILIKON

Pertanyaan/Tempahan

AinShaari 019 289 9202

11 December 2011

Permata Kami...part 1

Assalam....hari ni saya nak ceritakan saat-saat kehadiran permata hati kami..

selepas perkahwinan kami, saya sering ternanti-nanti kehadiran permata di dalam rahim saya...tapi apakan daya saya, semuanya telah tertulis dan dirancang sebaik mungkin oleh pecipta kita Allah swt..setiap bulan saya sering menangis dan sedih kerana masih belum terima khabar yang ditunggu-tunggu ini...dan selepas raya, saya tekad tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini dan tidak mahu lagi stresskan diri saya dan suami...

dan pada masa itu, kami sudah 10bulan berumahtangga....kawan-kawan yang lain semuanya sudah mempunyai anak..saya redho dan pasrah atas ketentuanNya...dan kami telah nekad,jika saya tidak mengandung selepas tempoh 1tahun usia perkahwinan kami, kami akan pergi berjumpa dengan doktor..yerla, kita tidak tahu apa masalah yang kita hadapi kan?

tapi pada bulan September yang lalu, saya lambat datang bulan...sebelum ni saya tidak pernah lewat datang bulan...saya tunggu esoknya, esoknya lagi masih tak datang...saya cakap pada suami yang saya nakbuat pregnancy test...suami cakap tak perlu tergopoh-gopoh, tunggu dulu dalam seminggu...tapi saya berkeras nak juga buat memandangkan esoknya hari Jumaat, mana tahu ada rezeki buat kami pada peghulu hari tersebut..

yang membuatkan saya hendak sangat melakukan pregnancy test adalah mengikut kata hati...hati saya kuat mengatakan ada satu nyawa dalam rahim saya...esoknya, 7hb sept, saya terjaga awal dari biasa. pukul 5am saya bangun, dan sebelum terjaga saya bermimpi yang saya memang mengandung..saya cakap pada suami dan dia minta saya cuba buat...dia sebenarnya takut kecewa dengan resultnya nanti, begitu juga dengan saya..tapi hati saya begitu yakin bahwa Allah telah berikan kami rezeki ini..

saya terus membuat test ini, dan berikan pada suami untuk lihat keputusannya terlebih dahulu...dan terus dia menggigil,berikan test kit tersebut...Ya Allah, sungguh besar kuasaMU.. Syuukur alhamdulillah...positif keputusannya..terus kami berdua ambil wudhu' dan solat sunat tanda kesyukuran kami....

petangnya, saya pergi ke klinik untuk confirmkan...tapi doktor Suraya tu sangat kerek...tiada langsung ucapan tahniah pada kami yang baru hendak menerima orang baru dalam keluarga....pape pun, saya sangat gembira...

Terima Kasih Allah...Kau telah mendengar doa kami semua....^_^

++sambung...
----------------------
Salam Sayang,

No comments:

Post a Comment